Kata |
Takrif |
Sumber |
susur galur | salasilah keturunan, asal usul (seseorang atau sesuatu); menyusur galur menyelidiki asal usul (hal dll), mengusul; menyusurgalurkan menyusun salasilah keturunan (asal usul seseorang atau sesuatu): saya akan ~ sejarah pembakuan bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulalat | Ar keturunan keluarga, asal usul, susur galur; Sulalatus Salatin asal usul raja-raja (tajuk buku). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulalah | Ar keturunan keluarga, asal usul, susur galur; Sulalatus Salatin asal usul raja-raja (tajuk buku). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asal usul | 1. salasilah, asal keturunan (seseorang); 2. peringkat awal atau permulaan: ahli sains yg cuba mengkaji ~ manusia; 3. sebab yg mula-mula, punca: ~ pertikaian yg berlarutan; mengasalusulkan menghuraikan asal usul: kisah yg ~ raja-raja Kedah yg tersebut dlm Hikayat Merong Mahawangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baka | 1 asal yg dimiliki drpd nenek moyang; asal usul; asal keturunan: ~ kita semuanya orang baik-baik dan bersopan santun. membuang ~ merosakkan nama baik datuk nenek. 2 benih (bagi haiwan atau tumbuh-tumbuhan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baka | 1. asal yg dimiliki drpd nenek moyang; asal usul; asal keturunan: ~ kita semuanya orang baik-baik dan bersopan santun. membuang ~ merosakkan nama baik datuk nenek. 2. benih (bagi haiwan atau tumbuh-tumbuhan). | Kamus Pelajar |
sejarah | 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg mengesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisahkan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asal usul | asal keturunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asal usul | asal keturunan, salasilah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
genesis | n 1. (fml) origin, asal usul, azali: the ~ of civilization, asal usul tamadun; 2. G~, (Christianity) Genesis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
provenance | n asal-usul: a manuscript of doubtful ~, manuskrip yg asal-usulnya diragui; the date and ~ of this relic, tarikh serta asal-usul bahan peninggalan sejarah ini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mystery | asal-usul mereka tersembunyi dlm misteri; an air of ~ surrounds the whole affair, suasana yg misteri menyelubungi peristiwa itu; 3. (story, play, etc) approp n + misteri: the play is a ~, and revolves around a murder in a co | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heraldry | n study of coats of arms and the history of old families, ilmu asal-usul dan lambang kebangsawanan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mechanistic | adj mekanik, mekanistik: a ~ explanation of the origin of man, penjelasan mekanik ttg asal-usul manusia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
root | n 1. (part of a plant) akar: to pull up the plant by the ~s, mencabut pokok itu dgn akarnya sekali; 2. root crop, tanaman berakar; 3. embedded part of hair, nail, etc, akar; 4. source, punca: money is the ~ of all evil, wang ialah punca segala maksiat; the ~ of the problem is incompatibility, punca masalah itu ialah ketakserasian; /get at, go to, strike at/ the ~(s) of, mencari puncanya; the ~ cause, punca; 5. (in pl) family ties, origins, asal-usul, asal: her ~s are here, in this country, asalnya di sini, di negeri ini; 6. (ling) kata akar; 7. (math) punca kuasa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
derivation | n 1. obtaining (from a source) pemerolehan; (chem) penerbitan: the ~ of a myth from an icon, pemerolehan mitos drpd ikon; 2. origin, source, berasal: words of Sanskrit ~, perkataan-perkataan yg berasal drpd perkataan Sanskrit; he claimed ~ from French stock, dia mengakui dia berasal drpd keturunan Perancis; 3. (ling) a. process of word formation, proses penerbitan kata; b. etymology, asal-usul; 4. (chem & math), (process) penerbitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
etiological tales | cerita etiologis/cerita asal-usul | cerita etiologis/cerita asal-usul | cerita etiologis/cerita asal-usul | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
etimological tales | cerita etimologis | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menceritakan asal usul sesuatu kejadian, sifat, peristiwa dll. Contoh: Asal usul Beruang Berekor Pendek, Asal Usul Majapahit, Asal Usul Melaka dll. |
cerita asal-usul | cerita asal-usul | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat yang mengisahkan tentang asal usul alam semulajadi dan perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, Sang Gedembai. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |
purific | murni/nirmala | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah cerita yang tidak mengandungi unsur-unsur asing di dalamnya. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Negeri Pasai. |
place name legends | legenda nama tempat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengisahkan sesuatu tempat secara mencampuradukkan fakta sejarah dan mitos. Contoh: Asal Usul Majapahit dan Asal Usul Melaka |
autogeny | autogeni | Perubatan | Tiada | 1. Penghasilan organisma hidup daripada benda tak hidup, dipertimbangkan sama ada dari segi asal usul kehidupan di muka bumi, atau sebagai generasi spontan. 2. Asal usul, penghasilan atau pembiakan di dalam organisma yang sama. |
urban genesis | asal usul bandar | Geografi | Tiada | Tiada |
agricultural origins | asal usul pertanian | Geografi | Tiada | Tiada |
social origin | asal-usul sosial | Sosiologi | Tiada | Tiada |
social origin | asal-usul sosial | Sosiologi | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
melit | menghina dengan membangkitkan asal-usul | memelit | perbuatan mengatakan sesuatu yang tidak baik pada orang lain | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
salasilah | asal-usul, katuunan, puih. | kedayan | |
turunan, keturunan | asal usul. | Melanau Mukah | |
sejarah | sejarah; 1 asal usul (keturunan), salasilah: ~ kaad salasilah keluarga; ~ a Melanau sejarah orang Melanau; 2 peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: ~ a dana sejarah orang dahulu. | Melanau Mukah | |
usul I | usul, asal. | kedayan | |
usul | asal mula [asal mula] | Melanau Dalat | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tusut Ib | salasilah, susur galur. | Sementara tusut pula berbentuk separuh puisi, menjelaskan tentang asal usul keturunan keluarga, binatang-binatang dan tanaman. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maran, *maren* Kb, Kh, Kn | golongan aristokrat. | Akan diukir secantik-cantiknya, sesuai dengan asal-usul isterinya sebagai orang maran, anak tunggal mendiang Temenggong Tilo. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuwau Kd Tg | burung merak. | Lama punya kelamaan ini yang manusia ni pasal asal usul ini burung juga tapi manusia asal telur ini. Telur mangkak (burung gagak) ini sama ini tuwau (burung merak) Jadi betukar ini telur ini. Bilang kah kita sama jual murahlah. Ah tuwau dulu cantik bah. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mangkak, *mangkaak* Tb | burung gagak. | Lama punya kelamaan ini yang manusia ni pasal asal usul ini burung juga tapi manusia asal telur ini. Telur mangkak (burung gagak) ini sama ini tuwau (burung merak) Jadi betukar ini telur ini. Bilang kah kita sama jual murahlah. Ah tuwau dulu cantik bah. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb bertindihan di antara satu sama lain, lalu menyebabkan pengecutan otot. (BIO) actual address (alamat sebenar) Alamat kedudukan ingatan, daftar atau liang input/output yang telah ditentu- kan oleh pereka bentuk asal sistem. (KOM) actual measure (ukuran sebenar) Nilai yang paling tepat terhadap pengukuran sesuatu kawasan bilangan pokok isi padu kayu yang dapat dipastikan melalui pengukuran dan pengiraan se- benar. (HUT) actual berbentuk A. (KEJ) after flow (aliran lanjur) Aliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tiada tindakan daya dari luar. Aliran berlaku kerana pengenyalan cecair ke- pada keadaan asal, iaitu sebagai kesan daripada lesapan tenaga mekanik oleh kelikatan. (FIZ, KIM) after taste (rasa kesan) Baki rasa yang masih tinggal dalam mulut selepas makanan ditelan. (TEK- MA) afterbirth (uri/tembuni
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd yang lain, maka label entri Lihat juga digunakan sebagai penanda rujuk silang: DES ganda tiga (3DES) (Ig. triple DES (3DES); Br. DES ganda tiga; Id. DES tripel) Pengukuhan kepada DES asal yang menggunakan tiga atau dua kekunci berbeza. Pengukuhan ini melibatkan tiga ulangan algoritma DES. Proses pertama ialah penyulitan menggunakan kekunci pertama, kedua ialah songsangan penyulitan menggunakan kekunci kedua dan diakhiri Penanda rujuk silang seperti Sinonim, Lihat dan Lihat juga. 3. Tanda Kurung Bulat Tanda kurung bulat digunakan untuk menandai perkara- perkara yang berikut: (a) Padanan bahasa Inggeris pada entri serta asal usulnya: digit pengawal (Ig. guard digit; Br. digit pengawal; Id. digit kawal) penapisan keluar (Ig. egress filtering) Menandakan singkatan umum bagi sesuatu istilah pada sesuatu entri: protokol perpindahan hiperteks selamat
|
Kamus Thai 2.indb Persetujuan majikan untuk menaikkan gaji dapat meredakan ke- marahan para pekerja itu. บรรพบุรุษ [banpaburut] น nenek moyang, leluhur: เขาไม ่ รู ้ รากเหง ้ าบรรพบุรุษ ของเขา Dia tidak tahu asal usul nenek moyangnya. บรรพชา [banpaca:] ก menjadi sami budak: ปรีชาบรรพชาเป็นสามเณรระหว ่ างปิด ภาคเรียน Preecha menjadi sami budak semasa cuti sekolah. บรรพชิต [banpacit] น sami บรรยากาศ [banya:ka:t] น 1 suasana
|
Kamus Thai 2.indb กระทุ ้ ง [kratu] ก menjolok: เขา กระทุ ้ งมะพร ้ าวแก ่ ด ้ วยไม ้ สอย Dia menjolok kelapa tua itu dengan galah. กระทู ้ [kratu:] น 1 usul, tajuk, pokok perbicaraan: กระทู ้ เหล ่ าน ั ้ นได ้ มีการพิจารณา ก ั นเมื่ อส ั ปดาห ์ ที่ แล ้ ว Usul itu telah dibica rakan pada minggu yang lepas. 2 soa- lan parlimen: ร ั ฐมนตรีกำล ั งตอบกระทู ้ ที่ ยื่ น โดยฝ่ายค ้ าน Menteri sedang menjawab soalan parlimen |
Kamus Thai 2.indb se latan Thailand. ญาติ [ya:t] น saudara-mara, sanak saudara ญี่ปุ ่ น [yi :pun] น Jepun ญ ญวน [yu:an] น Vietnam ญัตติ [yatti ] น usul: สมาชิกสภา ผู ้ แทนราษฎรเสนอญัตติเรียกร ้ องให ้ รัฐบาล ฟื้ นฟูความสงบสุขในภาคใต ้ Wakil rakyat membawa usul mendesak kerajaan ญวน ญี ่ ปุ ่ น Kamus Thai 2.indb 145 4/15/2008 11:06:12 AM 3 ค 146 ฎ ฎีกา [di:ka:] น 1 rayuan
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
geologi | geology | Kajian tentang bumi dari segi asal-usul, struktur dan komposisi bumi. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| usul (kata nama) | Bersinonim dengan pendapat, cadangan, saranan, syor, anjuran, nasihat, ajakan, ura-ura, ajuan, fikiran, petunjuk, rancangan, fatwa, kesimpulan, ijtihad, dasar, gagasan, teori, prinsip, pendirian, konsep, kaul, buah fikiran, hemat;, | | Kata Terbitan : mengusulkan, pengusul, |
|
|