Kata |
Takrif |
Sumber |
konsep | (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsep | /konsép/ pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan harta benda mesti diubah supaya kemajuan dpt dicapai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konsep | /konsép/ pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan harta benda mesti diubah supaya kemajuan dpt dicapai. | Kamus Pelajar |
konseptual | (konséptual) berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terminografi | proses merakamkan data ten-tang istilah yg merangkumi konsep, sistem konsep, maklumat linguistik, sumber istilah dan kemungkinan pertambahan atribut pd masa akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ideogram | (idéogram) 1. tanda atau lambang yg memperlihatkan konsep, idea, dsb; 2. lambang yg digunakan dlm sistem tulisan yg mewakili satu konsep spt dlm tulisan Cina dan Jepun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembabakan | perihal (perbuatan dsb) membabakkan (kisah, peristiwa, dsb dlm drama dll): apabila disebut konsep ~, dgn sendirinya juga minta dibincangkan konsep adegan dan drama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaturcaraan berorientasi objek(object-oriented programming) | Kaedah pengaturcaraan komputer yang berdasarkan pengolahan objek. Dalam kaedah ini konsep `data` dan `tatacara` dalam kaedah pengaturcaraan biasa digantikan dengan konsep `objek` dan `mesej`. Objek merupakan bungkusan maklumat dan keterangan bagaimana mengolahnya manakala mesej ialah penentuan bagi perolahan salah satu objek. | Kamus Komputer |
warisan(inheritance) | 1. Pesanan dalam pengaturcaraan tertuju objek yang dihulur ke objek pada aras atas sehingga objek yang dikehendaki memerangkap pesanan tersebut. 2. Sifat objek atau konsep yang lebih tinggi yang diwarisi oleh objek atau konsep rendah di bawah satu struktur berhierarki. | Kamus Komputer |
meminjam | 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
apt | be ~ at, a. be quick at, cepat: he is ~ at understanding difficult concepts, dia cepat memahami konsep-konsep yg sukar; b. be skilful at, cekap: to be ~ at picking pockets, cekap menyeluk saku. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
concept | n konsep: the ~ of Malaysia Incorporated, konsep Persyarikatan Malaysia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abstract | adj abstrak, mujarad: an ~ concept, konsep abstrak; ~ art, seni abstrak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
emotive | adj emotif: the ~ use of language, penggunaan bahasa secara emotif; an ~ concept of art, konsep seni yg emotif; the ~ side of her nature, bahagian sifatnya yg emotif. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abstraction | n 1. act of a. (separating, removing), pemisahan: the ~ of metal from ore, pemisahan logam drpd bijih; b. (regarding st abstractly), mengabstrakkan; 2. visionary idea, /konsep, idea/ yg abstrak: justice is an ~, keadilan adalah suatu konsep yg abstrak; 3. absent-mindedness, (keadaan) spt memikirkan sst yg lain; 4. abstract work of art, karya abstrak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lay 3 | adj 1. not belonging to the clergy, bukan paderi: the ~ members of the church, ahli-ahli bukan paderi di gereja itu; 2. non-professional, amateur, orang awam: for the ~ mind, such a concept is difficult to comprehend, pd fikiran orang awam, konsep yg sedemikian sukar difahami. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
introduce | 2. start using (st) or acquainting (so. with st) for the first time, memperkenalkan: to ~ a new product to the public, memperkenalkan barang baru kpd orang ramai; new methods were ~d to speed up the processing of official documents, kaedah-kaedah baru diperkenalkan utk mempercepat pemprosesan dokumen rasmi; an old friend ~d him to Thai boxing, kawan lamanya memperkenalkan tinju Siam kepadanya; this morning, I would like to ~ the concept of time management, pagi ini, saya ingin memperkenalkan konsep pengurusan masa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inherent | adj [not translated ]; (rel to quality) ada /pd, dlm/: he has an ~ love of music, dia suka akan muzik; due to his ~ laziness..., krn sifat malas yg ada dlm dirinya...; ~ in, /terdapat, wujud/ dlm; (rel to position, office) ada pd: he refused to recognize the danger ~ in such a situation, dia tdk mahu melihat bahaya yg wujud dlm keadaan sedemikian; this concept of space is ~ in the design, konsep ruang spt ini | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hold 1 | get ~ of, a. contact, menghubungi: I must get ~ of her today, saya mesti menghubunginya hari ini; b. find, acquire, mendapatkan; (idea, information, impression) mendapat: the book is out of print and hard to get ~ of, buku itu tdk dicetak lagi dan sukar utk mendapatkannya; I dont know how he got ~ of the impression that we were rich people, saya tdk tahu bagaimana dia mendapat gambaran bahawa kami orang kaya; c. understand, memahami: once you get ~ of the general concept, the rest is easy, apabila kamu telah memahami konsep umum, yg lainnya mudah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
its | poss pron -nya: a town renowned for ~ magnificent cathedral, bandar yg terkenal krn gerejanya yg sangat indah; the cat licked ~ paw, kucing itu menjilat tapak kakinya; the municipality is not making much headway with ~ plan to restore some of the old buildings in the town, majlis perbandaran itu tdk mencapai kemajuan yg pesat dlm rancangannya utk membaik pulih bangunan-bangunan lama di bandar itu; this beauty cream is light and non-greasy; ~ blend of emollients penetrates deep into the skin, krim kecantikan ini ringan dan tdk berminyak; campuran emoliennya meresap hingga ke bahagian dalam kulit; the Daihatsu Charade has maintained ~ sleek and smooth design concept, kereta Daihatsu Charade telah mengekalkan konsep reka bentuknya yg rapi dan sekata. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
affective fallacy | kekeliruan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Konsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik. |
epic theatre | teater epik | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang berpusat pada konsep pengasingan. Konsep ini merujuk kepada suatu kaedah yang mempengaruhi penonton supaya mereka menyaksikan persembahan secara kritikal dan tidak pasif. Penonton perlu dimaklumkan bahawa persembahan yang disaksikan di pentas bukanlah keadaan yang sebenar tetapi hanya suatu lakonan. Justeru, penonton didedahkan dengan suatu mekanisme persembahan dengan menyelitkan lagu atau penceritaan antara adegan supaya mereka tidak terlali ke dalam ilusi teater. Bentuk teater ini diperkenalkan oleh Erwin Piscator (1893-1960) yang mewujudkan teori persembahan teater epik dengan kumpulan, Piscator Theatre. Namun bentuk teater ini lebih dikaitkan dengan Bertolt Brecht (1898-1956). |
the other | si lain | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep diri yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai lain, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses melainkan merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya. |
unity | kesatuan | Kesusasteraan | Tiada | Konsep menghubungkan atau menggabungkan karya sastera supaya menjadi keseluruhan yang sebati dan padu. Dalam drama, konsep penggabungan ini berlaku pada aksi, masa, dan tempat. Gabungan aksi ialah aksi utama tanpa subplot, watak dan latar. Gabungan masa ialah jangka masa sehari semalam, manakala gabungan tempat ialah lokasi yang dapat dikunjungi watak dalam satu hari. Konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Aristotle dalam karya Poetics dan dimantapkan sebagai prinsip drama pada tahun 1570. Konsep ini diterima di sesetengah tempat di Eropah. Contohnya di Perancis, konsep ini diguna pakai selama 200 tahun, tetapi di England dan Sepanyol, konsep ini tidak diberikan perhatian. Namun penulis seperti Shakespeare tidak mematuhi konsep ini. Dramatis tersohor ini tidak mengambil kira keperluan atau pentingnya konsep kesatuan ini dalam pengkaryaannya. |
binary opposition | tentangan binari | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian. |
homeostasis concept | konsep homeostasis | Kejururawatan | Tiada | Konsep proses automatik kawal atur diri bagi mengekalkan keseimbangan dan fungsi optimum tubuh. |
recit | recit | Kesusasteraan | Tiada | Susunan jalan cerita yang tertera dalam teks sastera, tetapi susunannya tidak teratur. Konsep recit memperluaskan perbincangan ciri puitika yang dikemukakan oleh Aristotle untuk membezakan jalan cerita yang disusun mengikut susunan masa atau histoire, dengan cerita yang dipersembahkan oleh pengisah. Konsep ini diketengahkan oleh ahli strukturalisme Perancis pada tahun 1960-an. Konsep ini diambil daripada konsep formalisme Rusia sjuzet yang lebih kurang sama maksudnya. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
poetic justice | keadilan puitis | Kesusasteraan | Tiada | Konsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem. |
Kamus Sains.indb insisi abses atau meluaskan sinus fistula. (UBAT) bit bucket (baldi bit) Tempat takungan maya yang ditentukan untuk menerima bit lebihan daripada anjakan atau tindakan membuang kata dari daftar atau ingatan. Konsep baldi bit diwujudkan untuk memudahkan pengimbangan data. (KOM) bit test (ujian bit) Ujian yang dijalankan untuk meneliti sama ada bit bernilai logik 1 atau logik 0. (KOM) bitumen emulsion (emulsi menaiki dan menuruni bukit curam. (KEJ) cable roof (bumbung kabel) Bumbung gantung yang struktur penyokongnya dibina dengan menggunakan kabel yang diregangkan secara selari atau menyilang bagi menyokong struktur bumbung berdasarkan konsep jambatan gantung. (KEJ) cableway (jalan kabel) 1. Sistem pengangkutan yang terdiri daripada kabel untuk menggerakkan pengangkut. 2. Kabel yang diregang merentangi sesebuah sungai bagi menggantung dan menggerakkan meter arus untuk
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat. (c) Istilah yang mempunyai takrif yang berkait rapat dengan konsep sesuatu istilah yang lain, maka label entri Lihat juga digunakan sebagai penanda rujuk silang: DES ganda tiga (3DES) (Ig. triple DES (3DES); Br. DES ganda tiga; Id. DES tripel) Pengukuhan suatu objek seperti data atau sumber lain dalam sistem komputer. Seterusnya, proses boleh menjalankan arahan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 17 6/6/11 4:01:31 PM 18 bukti konsep Buku Kuning Buku Merah Buku Putih “baca” untuk membaca data dari objek dan menulisnya ke ruang ingatan pengguna, atau arahan “tulis” untuk membaca data dari ruang ingatan pengguna dan menulisnya
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
konsep | [kon.sép] | کونسيڤ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
teori | theory | Kumpulan konsep dan prinsip yang diterima umum untuk dijadikan panduan dan asas dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan musuh semula jadi kepada perosak tersebut berdasarkan konsep mangsa-pemangsa. | Menengah Atas |
troli | trolley | Blok kecil beroda daripada aluminium atau kayu yang digunakan dalam uji kaji fizik untuk mengkaji ciri gerakan sesuatu objek dan menjelaskan konsep momentum. Lihat Rajah | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kamiran | integral | Konsep asas dalam kalkulus yang merupakan satu proses songsangan kepada pembezaan. Simbol kamiran ialah ∫. Kamiran digunakan untuk mencari persamaan lengkung, luas di bawah graf dan isi padu kisaran. | Menengah Atas |
tatatanda | notation | Penggunaan simbol untuk melambangkan konsep matematik. | Menengah Rendah |
tatatanda set | set notation | Penggunaan simbol tertentu untuk mewakili pelbagai konsep berkaitan dengan operasi sesuatu set. Lihat Contoh | Menengah Atas |
tatatanda set | set notation | Penggunaan simbol tertentu untuk mewakili pelbagai konsep yang berkaitan dengan operasi set. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| konsep (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan pengertian, idea, pendapat, makna, rang, draf, rencana, tanggapan, gagasan,
idea, teori, kepercayaan, landas, buram, rengrengan., | |
|
|