Kata |
Takrif |
Sumber |
syor | apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dpt diterima. mengesyorkan mengemukakan sesuatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syor | cadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, saran: cadangan atau ~ yg terbaik akan dikira menang; mengesyorkan mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan: dia ~ kpd peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syor | mengesyorkan mengemukakan sesuatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS. | Kamus Pelajar |
syor | apa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dapatlah diterima. | Kamus Pelajar |
anjuran | 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajuan | sesuatu yg diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembanyakan | perihal (perbuatan, tindakan dsb) membanyakkan: salah satu syor yg terkandung dlm penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aju | ; mengajukan 1. mengemukakan (usul, permintaan, sanggahan, dll), memajukan: dia ~ pertanyaan itu dgn kata-kata yg manis; 2. membawa ke hadapan (pasukan dll), memajukan: ~ pasukan cadangan; ajuan sesuatu yg diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan; pengajuan perihal (perbuatan) mengajukan: ini hanya mungkin diterima dgn baik melalui ~ istilah yg betul dan tepat; ® maju. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persempadanan | hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjur I | maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombongan tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
implement | vt carry out, melaksanakan: if these recommendations are ~ed, we should have a sound educational system, sekiranya syor-syor ini dilaksanakan, seharusnya kita mempunyai sistem pendidikan yg kukuh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
depend | ~ /on, upon/, a. rely on, need, bergantung kpd: he ~ed on a scholarship for funds, dia bergantung kpd biasiswa sbg biayanya; b. be influenced, determined by, bergantung kpd: wages will ~ on qualifications, gaji akan bergantung kpd kelulusan; our decision will ~ on the recommendations of the commission, keputusan kami akan bergantung kpd syor-syor suruhanjaya itu; c. trust, be sure of, mengharapkan, mempercayai: we can ~ on him to keep his promise, kita boleh mengharapkannya utk menunaikan janjinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
first | adv 1. before others, (yg) pertama: George recovered ~, Georgelah yg pertama sembuh; 2. before doing something else, (at beginning of sentence) pertama, lebih /dahulu, dulu/; (elsewhere in sentence), (lebih) /dahulu, dulu/: ~, I would like to discuss Safiahs proposal, lebih dahulu saya ingin membincangkan syor Safiah; ~ you must renew your passport and then you must apply for a visa, pertama, encik mesti membarui pasport encik dan kemudian encik mesti memohon visa; I want to go to France next month but Ill have to apply for a visa ~, saya ingin ke negeri Perancis bulan hadapan tetapi saya mesti memohon visa dahulu; let me finish my cigarette ~ and then we can go, biar saya habiskan rokok ini dulu dan selepas itu kita pergi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
expect | vt 1. anticipate, menjangka: we had ~ed that to happen, kami telah menjangka itu akan berlaku; it is ~ed that the company will compensate her for her injury, adalah dijangka syarikat itu akan membayar ganti rugi krn kecederaannya; their objection to our proposal is only to be ~ed, bantahan mereka thdp syor kita memang sudah dijangka; as so. /~s, had ~ed/, spt yg sso jangka: she failed as we had ~ed, dia gagal spt yg kami jangka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
syor | cadang, cadangan. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
syor | [syor] | شور |
disyorkan | [di.syor.kan] | دشورکن |
mengesyorkan | [me.nge.syor.kan] | مڠشورکن |
|
|