Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUKTAZILAH | Muktazilah ialah nama sebuah kumpulan Islam yang banyak menggunakan hujah akal dalam usul-usul agama, dalil-dalil dan kiasan hukum yang lain. Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. | UMUM | |
USUL FIQH | konsep | AGAMA | Disiplin Ilmu |
ASAL USUL PETROLEUM | Teori yang cuba menerangkan tentang pembentukan petroleum di dalam kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Masudi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Marifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. | SASTERA | Konsep |
SARKHASIY, IBN SAHL AL- | Sarkhasiy, Ibn Sahl al- ( ? 483 H.), ahli Fiqh dan usul Fiqh dalam mazhab Hanafi. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Abi Sahl, salah seorang imam yang terkenal. Al- Sarkhasiy diambil sempena nama Sarkhas, sebuah negara lama di Khurasan. Dia mempelajari ilmu fiqh dan usul daripada imam terkenal al-Hilwaniy dan mencapai kedudukan keilmuan yang tinggi. Anak Kamal Basha menganggapnya salah seorang ahli ijtihad. Al-Sarkhasiy seorang yang alim, bertugas sebagai penasihat kepada pemerintah. Al-Sarkhasiy dipenjara oleh al-Khaqan atas permintaannya. Hukuman penjara tidak menghalangnya untuk mengajar murid-muridnya. Dia telah mengarang kitab al-Mabsut , kitab tentang fiqh Hanafi yang paling hebat dan telah dicetak dalam 30 juzu semasa berada di dalam penjara bawah tanah. Dia juga telah mengarang S yarah al-Sair al-Kabir karangan Muhammad ibn al-Hassan. Al-Sarkhasiy telah mengarang kitab Mukhtasar al-Tahawiy dan kitab usul fiqh mazhab Hanafi yang teragung, yang dikenali sebagai Usul al-Sarkhasiy . | UMUM | |
TAFTAZANIY, SAD AL-DIN AL- | Taftazaniy, Sad al-Din al- (712791 H.), pakar ilmu usul, tafsir, aqidah, balaghah, dan sastera. Nama penuhnya ialah Masud ibn Umar ibn Abdullah al-Taftazaniy. Dia lahir di Taftazan di negeri Khurasan dan nama gelarannya diambil daripada nama tempat ini. Dia mengarang banyak kitab, antaranya bertajuk al-Talwih fi Kashf Haqaiq al-Tanqih yang berkaitan dengan ilmu usul, Sharh al-Tasrif al-Arabiy tentang ilmu sarf, Sharh Maqasid al-Talibin fi Ilm Usul al-Din tentang agama, dan kitab al-Mutawwil tentang ilmu balaghah. | UMUM | |
AMIDI, ABU AL-HASAN AL- | Amidi, Abu al-Hassan al- (551631 H.), ahli ilmu usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al- Din Ali ibn Abi Ali ibn Muhammad ibn Salim al- Thalabi. Dia bermazhab Hambali, kemudian berubah kepada mazhab Syafii. Dia pergi ke Baghdad untuk belajar ilmu al-Qiraat, mahir dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat) dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal dalam pengajian ilmu Fiqh Syafii. Ramai yang menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab al-Albab . | UMUM | |
PETROLOGI | Petrologi ialah cabang ilmu geologi yang mengkaji asal usul dan komposisi batuan. Ahli petrologi menganalisis keadaan fizikal dan kimia yang terlibat dalam pembentukan tiga jenis batuan yang utama: igneus , metamorf dan enapan (lihat Batuan ). Analisis ini dapat membantu pencarian bukti tentang asal usul dan perkembangan kejadian bumi. | UMUM | |
KESULTANAN KEDAH | KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
|
Tesaurus |
---|
| usul (kata nama) | Bersinonim dengan pendapat, cadangan, saranan, syor, anjuran, nasihat, ajakan, ura-ura, ajuan, fikiran, petunjuk, rancangan, fatwa, kesimpulan, ijtihad, dasar, gagasan, teori, prinsip, pendirian, konsep, kaul, buah fikiran, hemat;, | | Kata Terbitan : mengusulkan, pengusul, |
|
Puisi |
---|
|
Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?
Lihat selanjutnya... |
|