Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
STYX | Styx ialah sungai yang suram dalam Alam Ghaib dalam mitologi Yunani dan Rom. Styx ialah perkataan Yunani yang bermakna terkutuk. Charon, seorang pendayung sampan, sering kali diperihalkan sebagai pembawa roh orang yang telah mati menyeberangi Styx. Dewa-dewa mengangkat sumpah suci mereka atas nama sungai suram Styx ini. Jika mereka melanggar sumpah tersebut, mereka akan menerima hukuman dengan menghabiskan masa selama sembilan tahun di Tartarus, satu lubang yang dalam di Alam Ghaib. Sungai Styx dikatakan bermula sebagai air terjun di kawasan Yunani purba yang dikenali sebagai Arcadia. Airnya yang dikatakan beracun mengalir terjun ke dalam gaung yang dalam dan terus masuk ke Alam Ghaib. Lihat juga Charon; Hades; Tartarus. | UMUM | |
BYRD, RICHARD EVELYN | Byrd, Richard Evelyn (18881957) ialah laksamana muda, penjelajah Antartik dan Artik, juruterbang, dan ahli pelayaran Amerika. Dari tahun 1928 hingga tahun 1957, dia melakukan usaha yang lebih daripada orang lain untuk mengarahkan penjelajahan benua Antartika yang beku dan suram. | UMUM | |
NOVEL GOTHIK | Novel Gothik ialah jenis fiksyen yang popular di England pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. Plot novel Gothik termasuk peristiwa misteri dan luar biasa yang bertujuan untuk mengejutkan atau menggerunkan pembaca. Ceritanya disebut Gothik kerana kebanyakan cerita berlaku di istana yang suram dan kelam yang dibina mengikut seni bina Gothik pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| suram (adjektif) | 1. Dalam konteks cuaca bersinonim dengan redup, muram, samar-samar, remang-remang, melindap, pirau, kelam, kalis, bureng, mamang, gerawan, aram-temaram, kurang terang, agak gelap, kurang cahaya, Berantonim dengan terang
2. Dalam konteks logam bersinonim dengan kusam, buram, guram, kelam, suram, pusam, pudar, Berantonim dengan berkilat
3. Dalam konteks muka, mata, bersinonim dengan tidak berseri, kusam, kuyu, muram, pucat, suram, subam, usam, pudar, Berantonim dengan berseri
4. Rujuk lih masyghul
| Kata Terbitan : suram-suram, menyuramkan, kesuraman, |
|
|