Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KEDAMAIAN SEMENTARA | Kedamaian sementara ialah penangguhan pertempuran antara pihak yang bertentangan dalam peperangan. Kedamaian sementara mungkin diadakan untuk memindahkan mereka yang cedera dari medan pertempuran, mengebumikan mereka yang terkorban, penukaran tawanan perang, ataupun menghormati hari kelepasan keagamaan. | UMUM | |
KERAJAAN SEMENTARA | | UMUM | |
KONKUSI | Konkusi ialah sejenis gangguan sementara terhadap fungsi otak akibat hentaman di kepala yang berlaku secara tiba-tiba. Biasanya, konkusi menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri yang sementara, diikuti oleh hilang ingatan terhadap peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas kecederaan itu. | UMUM | |
ELEKTROMAGNET | Elektromagnet ialah magnet sementara yang terbentuk apabila arus elektrik mengalir melalui dawai atau pengkonduksi yang lain. | UMUM | |
KATALEPSI | Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan untuk bergerak. | UMUM | |
SILAU SALJI | Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan sementara akibat cahaya matahari yang terang yang terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24 jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu menghadapi masalah membezakan warna selepas silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku, pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu gangguan yang mungkin boleh menyebabkan sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai cermin mata hitam atau gogal gelap dapat menghalang silau salji. | UMUM | |
EMPANGAN KEKOTAK | Empangan kekotak ialah lingkungan bertembok sementara yang digunakan dalam pembinaan. Ia mewujudkan suatu ruang yang melindungi pekerja dan tapak penggalian daripada air dan keruntuhan | UMUM | |
KATAPLEKSI | Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan kehilangan sementara keadaan normal otot secara tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa, marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut, atau rahang ternganga, atau kepala terlentok. | UMUM | |
DAVIS, JEFFERSON | Davis, Jefferson (18081889), dilantik sebagai presiden sementara bagi Negeri-negeri Gabungan Amerika semasa Perang Saudara Amerika. | UMUM | |
PANMUNJOM | Panmunjom ialah tempat berlakunya perundingan kedamaian sementara yang mengakhiri Perang Korea pada tahun 1953. Ia terletak di kawasan berkecuali yang dikenali sebagai zon bebas tentera antara Korea Utara dan Korea Selatan (lihat peta Korea). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sementara (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika, Berantonim dengan kekal
2. Dalam konteks sastera lama bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,
3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,
4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,
| Kata Terbitan : kesementaraan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi.
Lihat selanjutnya... |
|