Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERANG MEXICO | Perang Mexico (18461848) ialah pertempuran antara Amerika Syarikat dengan Mexico kerana perselisihan yang berterusan selama dua dekad. Selama perang tersebut, pasukan tentera Amerika Syarikat telah menyerang Mexico dan menduduki ibu kotanya, Mexico City. Mengikut Perjanjian Guadalupe Hidalgo, Amerika Syarikat memperoleh wilayah California, Nevada dan Utah, hampir seluruh Arizona dan New Mexico, serta bahagian Colorado dan Wyoming daripada Mexico . Namun, kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang itu merupakan serangan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap sebuah negara yang lemah. | UMUM | |
MUMIA | Mumia ialah mayat yang telah diawet dan dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir purba percaya bahawa orang yang telah mati terus hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup. Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu tahun kemudian, ahli kaji purba telah menjumpai banyak mayat yang telah diawet di dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang Mesir. Mumia yang paling terkenal kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir. | UMUM | |
SATURNALIA | Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya, ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk mengingati penanaman musim sejuk. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil. Lihat juga Saturn (Dewa Rom). | UMUM | |
LIE, TRYGVE | Lie, Trygve (18961968), negarawan Norway yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union menentang Lie kerana sokongannya terhadap tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie bersara dengan harapan dapat mengendurkan ketegangan antarabangsa. | UMUM | |
MILENIUM | Milenium bermaksud sebarang tempoh selama 1000 tahun. Tetapi, istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk tempoh masa yang disebut dalam buku Revelation (20:16), iaitu Kitab Perjanjian Baru sebagai masa apabila kesucian menguasai seluruh dunia. | UMUM | |
KELUARGA DIRAJA HABSBURG | Keluarga Diraja Habsburg ialah keluarga diraja Eropah yang termasyhur. Keturunan keluarga Habsburg (juga dieja Hapsburg) memerintah Empayar Rom Holy selama hampir 400 tahun. Anggota keluarga diraja ini menduduki takhta beberapa kerajaan di Eropah, kecuali selama beberapa tahun, dari tahun 1200-an hingga ke awal tahun 1900-an. | UMUM | |
TITIAN | Titian (1487?1576) ialah pelukis dari Venice semasa Zaman Renaissance di Itali. Dalam kerjayanya yang panjang yang berterusan selama 70 tahun, dia menjadi seorang daripada pelukis yang paling berpengaruh dan berjaya dalam sejarah seni lukis. Hasil karya Titian termasuk potret dan lukisan mitos dan peristiwa agama. Dia mencipta satu bentuk gaya yang banyak mempengaruhi seni lukis Eropah selama lebih 200 tahun. | UMUM | |
DEKATLON | Dekatlon ialah pertandingan yang memakan masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk menentukan johan secara keseluruhan. Atlet akan bertanding dalam acara pecut 100 meter, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan larian 400 meter dalam urutan yang sama pada hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga 1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan yang paling banyak memenangi pertandingan dekatlon ini. | UMUM | |
PRUSSIA | Prussia ialah negara ketenteraan yang kuat di utara-tengah Eropah selama beratus-ratus tahun. Apabila raja Prussia menjadi maharaja Kesatuan Jerman pada tahun 1871, Prussia menjadi negeri yang terbesar dalam Empayar Jerman. Selepas Perang Dunia II (19391945), Prussia berpecah menjadi daerah kecil dan tidak lagi wujud sebagai sebuah negeri Jerman. Kebanyakan kawasannya yang dulunya dikenali sebagai Prussia, kini terletak di bahagian timur Jerman, Lithuania, Poland, dan Rusia. | UMUM | |
AYLWARD, GLADYS | Aylward, Gladys (19021970), wanita Inggeris, yang menghabiskan masa selama 17 tahun sebagai mubaligh bebas Kristian di China. Wang simpanan daripada upahnya sebagai pembantu rumah membiayai perjalanannya ke China pada tahun 1932. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lama (adjektif) | 1. Dalam konteks tempoh bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan, Berantonim dengan sekejap
2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks fesyen bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman, Berantonim dengan moden
4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,
| Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan, |
|
Puisi |
---|
|
Baik-baik jaga kemudi, Kita tahu pergi kuala; Selama banyak kain berkodi, Songket di gedung jarang jumpa.
Lihat selanjutnya... |
|