Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUSIM SEJUK | Musim sejuk ialah musim yang paling sejuk. Hemisfera Utara, di bahagian utara bumi, mengalami musim sejuk pada bulan Disember, Januari, Februari, dan awal bulan Mac. Di Hemisfera Selatan, musim sejuk bermula pada lewat bulan Jun hingga awal bulan September. Untuk mengetahui tarikh hari pertama musim sejuk dan maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari semasa musim sejuk, lihat Musim. | UMUM | |
RANGKA SEJUK | Rangka sejuk ialah struktur bak kotak yang dibina di atas tanah untuk melindungi tumbuhan semasa cuaca sejuk. Pekebun menggunakan rangka sejuk pada musim bunga untuk melindungi anak benih lembut yang telah bercambah sebelum permulaan musim tumbuh. Rangka sejuk juga melanjutkan musim tumbuh-tumbuhan pada musim luruh dengan melindunginya daripada fros. | UMUM | |
SEJUK KAKI | Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit pelindung semasa Perang Dunia I (19141918). Ia menyerupai reput fros yang ringan hinggalah kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar, pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros, dengan membersihkan kaki, berehat dan mengembalikan peredaran darah. | UMUM | |
MUSIM SEJUK NUKLEAR | Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi. Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu akan menurun dengan banyak, dan hujan akan berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau tahun. | UMUM | |
LEPUH SEJUK | Lepuh sejuk ialah gugusan lepuh kecil yang disebabkan oleh virus yang dinamakan virus herpes simpleks . Lepuh sejuk boleh berlaku di mana-mana sahaja pada badan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya kelihatan pada muka, terutamanya pada mulut atau berhampiran mulut. Dalam banyak kes, ia terjadi apabila seseorang itu mendapat selesema atau demam. | UMUM | |
STEPPE | Steppe ialah kawasan yang terutamanya diliputi oleh rumput pendek. Steppe terdapat di kawasan kering yang mengalami musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk. Kebanyakan steppe menerima purata hujan dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter setahun kurang hujan daripada di praire tetapi lebih banyak hujan daripada gurun. Kawasan pedalaman di Asia, Eropah, dan Amerika Utara mempunyai steppe yang luas. Kebanyakan tumbuhan steppe membesar kurang daripada 30 sentimeter tingginya. | UMUM | |
MAKANAN SEJUK BEKU | Makanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet makanan. Syarikat pemproses makanan menyejukbekukan makanan seperti makanan panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang menyejukbekukan makanan di rumah. Penyejukbekuan mengawet makanan dengan mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan makanan dan dengan melambatkan tindak balas kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk beku hendaklah disimpan pada suhu 18°C atau di bawah suhu ini. | UMUM | |
PENYIMPANAN SEJUK | | UMUM | |
PENGERINGAN SEJUK BEKU | | UMUM | |
HIBERNATOR BERDARAH SEJUK | | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sejuk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan dingin: adem Berantonim dengan panas
2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim, Berantonim dengan pengap
3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, Berantonim dengan huru-hara
| Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin, |
|
Puisi |
---|
|
Sejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.
Lihat selanjutnya... |
|