Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PEKAN SARI | PEKAN SARI, institusi pasar tradisional masyarakat tani yang diadakan seminggu sekali. Pekan sari juga merupakan institusi ekonomi dan sosial dan sebagai tempat pertemuan penjual dan pembeli. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SARI | SARI, jurnal bahasa. Jurnal ini diterbitkan sebagai Terbitan Tak Berkala pada tahun 1975 oleh Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara para penyumbangnya ialah E. T. Magannon, Muhammad Haji Salleh, C. W. Watson, W. R. Roff, C. Hooykaas, A. Hendrato, Russell Jones, R. Roolvink, dan E. O. van Reijin. | BAHASA | Konsep |
SURAH AL-ASR | Surah al-Asr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat. Surah ini dinamakan al-Asr (masa) kerana pada awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa. Surah al-Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia. | UMUM | |
SULTAN MUHAMMAD SYAH | SULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka. Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa. Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak. Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| sari (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,
2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,
| Kata Terbitan : menyarikan, |
|
Puisi |
---|
|
Sari manis tangguli manis, Manis bercampur air tebu; Hari-hari gila menangis, Musim pabila kan bertemu.
Lihat selanjutnya... |
|