Kejuruteraan ialah kerjaya yang mengaplikasikan pengetahuan saintifik untuk sesuatu manfaat. Perkataan engineering dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin ingeniare yang bermaksud mereka atau mencipta. Jurutera mengaplikasi prinsip ilmu sains dalam mereka struktur, jentera dan semua produk yang dikeluarkan. Mereka juga sentiasa mencari jalan terbaik dalam menggunakan sumber sedia ada dan sentiasa membangunkan bahan-bahan baru. Jurutera mempunyai peranan secara langsung dalam penciptaan teknologi moden yang melibatkan perkakasan, bahan, teknik, dan sumber kuasa yang memudahkan kehidupan kita (lihat Teknologi). |