Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERKAKAS MESIN | Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini boleh membengkokkan, memotong, menggerudi, mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin yang lebih canggih membabitkan penggunaan tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan peranan penting dalam pembuatan hampir semua produk logam, antaranya ialah bahagian basikal, kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil, juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan menggunakan perkakas mesin. | UMUM | |
PERKAKAS PNEUMATIK | Perkakas pneumatik ialah sejenis peralatan kuasa yang digerakkan oleh pemampat udara. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Contohnya, ia digunakan oleh doktor gigi untuk membuang bahagian gigi yang telah rosak. Mekanik kereta menggunakan perengkuh pneumatik untuk mengetatkan bolt dan nat manakala pekerja binaan menggunakan tukul pneumatik untuk memecahkan sesuatu permukaan. | UMUM | |
GANDINGAN PAIP | Perkakas atau peranti yang digunakan untuk menyambungkan paip yang kedua-dua hujungnya mempunyai bahagian pin. Bahagian pin ialah bahagian permukaan luar yang diulirkan. Selain itu, perkakas ini juga dikenali sebagai relang paip, penyambung paip, pencantum paip dan sebagainya. Gandingan paip yang digunakan mungkin terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bentuk lurus, bentuk T, bentuk silang dan sebagainya.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
NASMYTH, JAMES | Nasmyth, James (18081890) ialah jurutera Scotland yang mencipta tukul stim. Dia juga mencipta prinsip bertindak sendiri pada reka bentuk perkakas mesin, iaitu tangan mekanikal yang bergerak di sepanjang gelangsar memegang perkakas. Dengan prinsip ini, Nasmyth mereka mesin pengetam dan mesin pembentuk alat. Nasmyth lahir di Edinburgh, anak kepada seorang pelukis yang terkenal. Pada tahun 1829, dia menjadi pembantu kepada Henry Maudslay, pereka bentuk dan pembuat perkakas. Pada tahun 1834, Nasmyth memulakan Bridgewater Foundry di Manchester, yang menjadi terkenal dengan pembinaan perkakas mesin dan enjin stim. Nasmyth mencipta tukul stim pada tahun 1839. Dia bersara pada tahun 1856 dan menghabiskan masanya dengan belajar astronomi. | UMUM | |
ALIRAN GELORA | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
GANDINGAN ALIRAN TETIUB | Salah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
ALAT | Alat ialah sebarang perkakas yang digunakan oleh pekerja untuk melakukan kerja. Alat yang melakukan tugasnya dengan mesin dinamakan alat mesin . | UMUM | |
SEPIT | Sepit , juga dikenali sebagai penyepit, ialah perkakas yang digunakan di banyak negara Asia untuk memakan atau menghidangkan makanan. Kebanyakan makanan di negara-negara ini disajikan dalam ketul-ketul kecil, yang mudah dikendalikan dengan sepasang sepit. Nama Cina bagi sepit ialah kuaizi , iaitu permainan kata kuai , yang bermakna pantas dan juga ketul kecil. Perkataan Inggeris chopstick bagi sepit mungkin berasal daripada bahasa Inggeris pijin, iaitu dialek yang digunakan oleh pedagang awal di China. Chop bermakna pantas dalam bahasa Inggeris pijin. | UMUM | |
PISAU | Pisau alat memotong yang digunakan sebagai perkakas makan, peralatan, atau senjata. Pisau terdiri daripada pemegang dan mata pisau. Mata pisau diperbuat daripada keluli dan kebanyakan pemegang pula diperbuat daripada kayu keras atau plastik. Bahan pemegang yang lain, termasuk tanduk rusa dan tulang. | UMUM | |
KETUHAR GELOMBANG MIKRO | Ketuhar gelombang mikro ialah sejenis perkakas yang memanaskan makanan menggunakan gelombang radio pendek yang menembusi makanan itu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| perkakas (kata nama) | 1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,
2. Dalam konteks perkakas rumah bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor,
pengintip, hantu, gundal,
| Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan, |
|
|