Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERASAAN HATI | Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau pandangan hidup seseorang. Perasaan hati seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau kadangkala, dari waktu ke waktu. | UMUM | |
NASIONALISME | Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik, nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti- parti politik nasionalis atau kebangsaan secara umumnya menekankan hak kebangsaan mereka untuk merdeka iaitu hak untuk menentukan kehidupan sendiri. | UMUM | |
AMBIVALENS | Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi. Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta penguasaan dan penyerahan. | UMUM | |
TANDA SERU | Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan emosi yang kuat. | UMUM | |
TELEPATI | Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan sesuatu yang khusus dan orang lain dapat menyatakan atau menulisnya dengan tepat. Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati, perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh diterangkan dengan cara yang lain. | UMUM | |
picisan | lebih kepada buku picisan untuk meluah perasaan | SASTERA | Tokoh |
EMOSI | Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan dan ada emosi yang tidak menyenangkan. | UMUM | |
KETERASINGAN | Keterasingan ialah perasaan terasing dari aspek tertentu dalam persekitaran hidup seseorang. | UMUM | |
DISFEMISME | penggunaan kata atau frasa yang tidak sopan, tidak menyenangkan, mengaibkan atau menyinggung perasaan untuk menggantikan kata atau frasa yang dianggap sopan atau menyenangkan. | BAHASA | Konsep |
PSIKOLOGI TAK NORMAL | Psikologi tak normal ialah bidang kajian saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan, pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia. Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rasa | 1. Dalam konteks pelbagai rasa bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan fikir ( kira, ingat, agak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa, |
|
Peribahasa |
---|
| 476 When poverty comes in at the door, love flies out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|