Darwin (pend. 78 139) merupakan pusat pentadbiran dan ibu negeri bagi Wilayah Utara Australia. Bandar Darwin ialah pusat perhentian penghabisan perjalanan melalui darat, laut, udara dan juga perhubungan telekomunikasi. Bandar ini juga mempunyai pangkalan tentera yang besar dengan lapangan terbang tentera udara dan pangkalan angkatan laut. Darwin mungkin juga merupakan sebuah bandar kosmopolitan di Australia. Kebanyakan penduduk Darwin ialah keturunan Eropah, tetapi sebahagian besar warga kota Darwin terdiri daripada keturunan Orang Asli, Cina, Melayu atau Filipina. |