Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KESAN CORIOLIS | Kesan Coriolis ialah kesan ketara putaran bumi terhadap gerakan sebarang benda yang bergerak merentasi permukaan bumi. Kesan Coriolis amat kecil untuk dirasai atau dilihat apabila seseorang itu berjalan kaki atau memandu sebuah kenderaan. Tetapi ia memberi kesan yang amat kuat terhadap laluan-laluan objek yang terbang di udara di atas permukaan bumi. | UMUM | |
KESAN FOTOELEKTRIK | Kesan fotoelektrik ialah sebarang kesan yang terhasil dalam pemindahan tenaga daripada cahaya kepada arus elektrik. Kesan demikian digunakan untuk mengukur keamatan cahaya atau untuk memberikan bekalan elektrik. Tiga jenis kesan utama fotoelektrik ialah kesan fotopancaran, fotoberaliran dan fotovolta. | UMUM | |
KESAN AUGER | Hukum | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
KESAN RAMAN | Fenomena yang boleh dicerap dalam serakan cahaya melalui bahantara lut sinar (pepejal, cecair atau gas). | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
KESAN RUMAH HIJAU | Kesan rumah hijau ialah pemanasan dekat permukaan bumi yang berlaku apabila atmosfera bumi memerangkap haba matahari. Tanpa kesan ini, purata suhu permukaan bumi adalah kira-kira 33°C lebih rendah daripada yang ada. | UMUM | |
KESAN HALL | Kesan Hall ialah fenomena elektrik yang berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui bahan dalam medan magnet. Contohnya, jika arus elektrik yang mengalir melalui sesuatu bahan serenjang dengan medan magnet di sekitar bahan itu, kesan Hall kelihatan sebagai voltan merentasi bahan itu. Voltan Hall adalah serenjang dengan kedua-dua arah arus elektrik dan arah medan magnet. | UMUM | |
KESAN ZEEMAN | Kesan Zeeman ialah pemisahan suatu garis spektrum apabila sumber cahaya dikenakan pada medan magnet. Garis-garis cahaya spektrum terbentuk apabila elektron dalam atom bertukar dari satu paras tenaga ke satu paras tenaga yang lain (lihat Cahaya [Sumber cahaya]). | UMUM | |
KESAN TAPAK HAIWAN | Kesan tapak haiwan lihat Beaver; Beruang; Harimau; Rubah; Tupai; Zirafah. | UMUM | |
KESAN DOPPLER | Kesan Doppler ialah perubahan frekuensi gelombang bunyi, cahaya atau radio yang disebabkan oleh gerakan relatif sumber gelombang dan pemerhatinya. Contohnya, pic (frekuensi) wisel kereta api kelihatan lebih tinggi semasa ia datang dan lebih rendah selepas lalu dan mula beredar. Nada sebenar wisel kereta api itu adalah tetap. | UMUM | |
KESAN TERMA | Kesan terma ialah kesan yang terjadi disebabkan perubahan kandungan tenaga terma dalam suatu sistem. | FIZIK | Fenomena |
|
Tesaurus |
---|
| kesan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,
2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,
3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan, |
|
|