Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MINNESINGER | Minnesinger adalah satu kumpulan penyair lagu-lagu cinta di Jerman yang terkenal dari tahun 1100-an hingga 1300-an. Minnesinger mendendangkan puisi mereka dengan iringan muzik dalam acara-acara keramaian istana. | UMUM | |
PUTERI KAWAT | Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette, bertanding dalam pasukan antara satu sama lain secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini bertanding pada peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori bawah 12 tahun. | UMUM | |
TARIAN RAKYAT | Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah, hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian. Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri. Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya, beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa jahat. | UMUM | |
KERTUK | KERTUK, alat muzik idiofon yang popular di Kelantan. Kertok diperbuat daripada kayu atau kelapa. Dalam pesta dan majlis keramaian seperti menyambut hari keputeraan sultan dan lain-lain, kertok dimainkan dalam pertandingan secara berpasukan. Setiap pasukan kertok terdiri daripada lapan hingga 10 orang pemain. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TARIAN SABA | TARIAN SABA, tarian tradisional di Kuala Jengai, Dungun, Terengganu. Tarian ini yang mengandungi unsur kebudayaan Hindu dan Islam, dipersembahkan pada hari pertabalan diraja, hari keramaian, pesta dan upacara adat. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ENDANG | ENDANG, tarian yang berasal dari Minangkabau dan kemudiannya dibawa ke Negeri Sembilan. Nama endang diambil daripada nama salah satu alat muzik tradisional Melayu Minangkabau iaitu sejenis gendang kecil atau rebana yang berloceng (tamborin). Endang biasanya dipersembahkan dalam majlis keramaian. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DANGSA | DANGSA, tarian yang amat popular di kalangan orang Melayu Cocos yang tinggal di Pulau Cocos, Australia dan di Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan dalam majlis keramaian oleh pasangan lelaki dan wanita, dan dikatakan mempunyai persamaan dengan sejenis tarian dari Scotland. Lenggang-lenggoknya mempunyai persamaan dengan tarian Sumazau di Sabah. Pakaian yang sesuai untuk tarian ini ialah kebanyak untuk wanita dan baskat untuk lelaki. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TARIAN ASYIK | TARIAN ASYIK, tarian tradisional negeri Kelantan. Asyik dalam pengertian tarian ini ialah `kekasih dan tarian asyik bererti `tarian kekasih. Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan semasa upacara keramaian di istana raja-raja Kelantan. Oleh itu, penari-penari asyik ini selalunya terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih khas dengan kemahiran yang tinggi menarikan tarian ini. Tarian ini sering mengisi acara majlis perkahwinan, terutamanya pada malam berinai dan malam berinai besar. Tarian ini juga sering dipersembahkan semasa hari temasya negeri. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SITI MARIAM | SITI MARIAM (1929 - ), penyanyi. Dia lahir pada bulan Mac 1929 di Kota Bharu, Kelantan. Siti Mariam mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian Sekolah Merbau hingga tamat Darjah Empat. Siti Mariam yang mewarisi bakat seni suara daripada nenek sebelah ayahnya mula menyanyi di majlis-majlis keramaian sejak kecil. Dia banyak mendapat bantuan daripada ayahnya, Asaad Shukri bin Haji Muda. Ayahnya seorang penggerak budaya yang terkenal di Kelantan pada masa itu, telah menyedari bakat anak gadisnya dan terus memanggil guru untuk mengenalkan muzik secara teratur kepada anaknya. Dia dilatih dan dibimbing oleh seorang pemuzik dari pasukan polis. | BUDAYA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| ramai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar,
laguh-lagah, becang-becok, Berantonim dengan sunyi
2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira, Berantonim dengan sugul
3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau, Berantonim dengan lembap
4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,
5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun,
berasak-asak, berhimpit-himpit, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian, |
|
|