Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ORANG KAYA-KAYA | ORANG KAYA-KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, panggilan kehormat Orang Kaya dikaitkan dengan gelaran mengenai kekuasaan dan kekayaan di kalangan mereka yang mempunyai pengaruh ekonomi dan politik. Mereka paling aktif dalam perdagangan di pelabuhan-pelabuhan utama yang dikunjungi oleh kebanyakan pedagang antarabangsa daripada golongan raja dan bangsawan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
ORANG KAYA | ORANG KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam budaya Melayu, kaya memberi maksud kemewahan yang berkaitan rapat dengan kuasa. Perkataan orang kaya seringkali digunakan sebagai gelaran untuk golongan bangsawan seperti Orang Kaya Laksamana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
HUSSEIN MOHAMED TAIB, ORANG KAYA INDERA SHAHBANDAR, DATO' | HUSSEIN MOHAMED TAIB, Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato (1897-1950), pentadbir. Dia lahir pada 31 Mac 1897 di Pekan, Pahang. Dia adalah keturunan pembesar Bugis-Johor yang telah berhijrah ke Pahang pada abad ke-18. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SERI KAYA | SERI KAYA, makanan yang diperbuat daripada telur, santan dan gula dan biasanya dimakan dengan roti. Bahan-bahan ini dipukul sehingga kembang dan dimasak dengan cara dikukus, direbus atau dibakar. Seri kaya juga disebut sebagai sekaya. | BUDAYA | Makanan |
KETUA ANAK NEGERI | KETUA ANAK NEGERI, pegawai tadbir rendah dalam pentadbiran tempatan negeri Sabah yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal adat di daerahnya. Sejak dahulu lagi, ketua anak negeri memakai gelaran tradisional, iaitu Orang Kaya-kaya | BUDAYA | Konsep |
ORANG KIWI | ORANG KIWI, pedagang antarabangsa yang giat berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 1511). Mereka adalah pedagang yang kaya-kaya dan dipercayai mempunyai kapal-kapal perdagangan yang besar. Kapal mereka boleh belayar mengharungi Laut China Selatan, Lautan Hindi, Laut Arab, perairan Melaka dan Kepulauan Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangsa/Suku/Kaum |
DATO' MAHARAJA LELA | DATO MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O.K.K. SEDOMAN | O.K.K. SEDOMAN ( ? - ? ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri, dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili daerah Bingkor dalam Majlis Penashiat Ketua-ketua Anak Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR | O.K.K. PANGERAN HAJI OMAR ( ? - ? )., Ketua Anak Negeri (1915 1919). Dia adalah keturunan Melayu Brunei yang menjadi ketua tradisional di daerah Sipitang, Sabah. Kepemimpinannya telah mendapat pengiktirafan Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudian melantiknya sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.). Dia mewakili seluruh wilayah South Keppel (Putatan-Papar) dalam Majlis Pemasihat Ketua-ketua Anak Negeri dari tahun 1915 hingga tahun 1917. Tugas utamanya untuk menyimpan rekod yang berkaitan dengan kes peribumi dan penyata cukai serta pemindahan milik tanah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
O.K.K. MOHAMAD SAMAN | O.K.K. MOHAMAD SAMAN ( ? - ? ), Ketua Anak Negeri (1935 1937). Dia adalah ketua tradisional bagi kaum Melayu Brunei di wilayah Labuk dan Sungai Sugut, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Dia diberi tanggungjawab untuk mengawal daerah Beaufort. Dia juga dipilih menjadi pengerusi Majlis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| kaya (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berharta: berkuasa, berada, berwang, mampu, berpunya,
mewah, gana, ghani, sugih, melimpah-limpah, hartawan, dermawan,
2. Bersinonim dengan kaya dengan: subur, produktif, berhasil, banyak, lebat,
mempunyai, mengandungi,
| Kata Terbitan : mengayakan, memperkaya, terkaya, kekayaan, pengayaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.
Lihat selanjutnya... |
|