Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia, dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Majlis Eropah pada bulan November 1950. |