Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SIROSIS | Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi penting seperti membuat protein dan membuang bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas boleh menyekat aliran darah, menyebabkan tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh menyebabkan pengumpulan bendalir dalam abdomen. | UMUM | |
ADDISON, THOMAS | Addison, Thomas (17931860) ialah doktor British yang terkenal kerana pemeriannya tentang penyakit Addison. Addison melaporkan dalam satu kertas penyelidikan pada tahun 1855, bahawa dalam keadaan penyakit ini, kulit menjadi kuning tembaga berserta kelenjar adrenal yang berpenyakit. Dia juga memerikan anemia Addison, yang kini dikenali sebagai anemia pernisius (lihat Anemia ). Semasa hayatnya, reputasi Addison terletak pada kebolehannya yang terkemuka sebagai doktor dan guru. Ketelitiannya melakukan pemeriksaan pada pesakit dan ketepatan diagnosisnya menjadi terkenal. | UMUM | |
BRIGHT, RICHARD | Bright, Richard (17891858) ialah doktor Inggeris yang menjadi terkenal pada tahun 1827 apabila berjaya menunjukkan hubungan antara buah pinggang yang berpenyakit, albumin dalam air kencing, dan dropsi. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
|