Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PIDATO UMUM | Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang berkesan merupakan satu bahagian penting dalam latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan atau benar-benar mengubah pandangan mereka. Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak mereka mempamerkan sambutannya melalui tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan mereka terhibur. | UMUM | |
SULFONAMIDA | Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian yang disebabkan banyak penyakit berjangkit menurun dengan mendadak disebabkan penemuan sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia II (19391945). Kini, para doktor menyarankan penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat jangkitan salur kencing. | UMUM | |
ZINNEMANN, FRED | Zinnemann, Fred (19071997) ialah pengarah filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali kerana berjaya mempamerkan watak dengan begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award bagi filem From Here to Eternity (1953) dan A Man for All Seasons (1966). Filemnya yang utama termasuk The Seventh Cross (1944), The Search (1947), The Men (1950), The Member of the Wedding (1952), High Noon (1952), Oklahoma! (1955), The Nuns Story (1958), The Sundowners (1960), The Day of the Jackal (1973), dan Julia (1977). | UMUM | |
LETRIL | Letril ialah sejenis dadah yang dipertikaikan kegunaannya untuk merawat kanser. Kebanyakan pakar kanser menentang penggunaan letril kerana ia tidak terbukti berkesan dalam rawatan kanser. Namun begitu, mereka yang menyokong penggunaan letril mendakwa bahawa ia telah menghentikan kanser, malah memulihkan ramai penyakit kanser. | UMUM | |
MITCHISON, NAOMI | Mitchison, Naomi (18971999) ialah penulis British yang popular dengan beberapa novelnya yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir. Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928). Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn King and the Spring Queen (1931), sebuah karya fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian termasuklah Dont Look Back (1969), What Do You Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983), dan Among You Taking Notes (1985). Nama sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat pendidikan di Oxford University. | UMUM | |
STYRON, WILLIAM | Styron, William (1925 ) ialah penulis novel Amerika. Walaupun latar yang dipaparkan dalam fiksyennya berbeza, Styron lazimnya dikenali sebagai penulis Selatan. Prosa Sytron yang kerapkali amat berkesan dan teliti itu memperlihatkan pengaruh penulis Selatan, iaitu William Faulkner. | UMUM | |
PERUBATAN SUKAN | Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko terhadap kecederaan dan untuk merawat secara berkesan sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku. Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor, pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan untuk membantu para atlet mempersembahkan prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini juga akan membuat penilaian tentang kaedah melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk dan penggunaan peralatan olahraga dan kemudahan. | UMUM | |
SALK, JONAS EDWARD | Salk, Jonas Edward ( 19141995), ahli sains penyelidikan Amerika yang bekerja dalam bidang perubatan pencegahan. Dia memperoleh pengiktirafan tertinggi kerana memajukan vaksin yang menjadi senjata pertama yang cukup berkesan untuk mencegah poliomielitis, yang juga dikenali sebagai kelumpuhan infantil (lihat Poliomielitis ). | UMUM | |
SNIPERSKOP | Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat digunakan untuk membidik raifal dengan tepat pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta sniperskop ketika Perang Dunia II (19391945) untuk membolehkan pasukan tentera berjuang dengan lebih berkesan pada waktu malam. Sniperskop telah diganti dengan starlight skop yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan tentera dan polis bukan sahaja menggunakan starlight skop untuk menembak pada waktu malam, malah semasa meronda di tempat yang gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada senjata yang lebih besar seperti meriam dan pelancar misil serta juga senapang. | UMUM | |
SUN YAT-SEN | Sun Yat-sen (18661925), negarawan dan pemimpin revolusi China, berjuang untuk menubuhkan sebuah Republik China. Dia umumnya dikenali sebagai Bapa Revolusi. Sun terlalu idealistik untuk menjadi seorang pemimpin politik yang berkesan. Namun Tiga Prinsip Rakyat yang diketengahkannya (nasionalisme, demokrasi, dan sosialisme) menjadi panduan kepada Republik China, yang ditubuhkan pada tahun 1912. Sun lahir di daerah Zhongshan di Provinsi Guangdong. Ibu bapanya miskin. Dia belajar di sekolah mubaligh Kristian di Hong Kong dan Honolulu, dan menjadi seorang doktor. Dari tahun 1895 hingga tahun 1911, dia banyak mengembara di Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah untuk meraih simpati bagi prinsip republik, dan untuk mencari bantuan kewangan bagi pergerakan revolusinya menentang Dinasti Manchu. Dia dibantu oleh masyarakat China di seberang laut dan pesimpati Inggeris, Amerika dan Jepun. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kesan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,
2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,
3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan, |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|