SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKami tak takut kerbau datang, Suka melurut padi manila; Kami tak takut kekasih orang, Jika diturut hati nan suka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTimba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCuba-cuba menanam sirih, Takut nak ada tumbuh sulurnya; Cuba-cuba merebut kasih, Takut nak ada unjuk hulurnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Esah orang Patani, Takut tengok telaga dalam; Tak usah hidup begini, Tidur siang berjaga malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan bersangkut mata, Takut besi dimakan api; Bunga di tangan apa disuka, Luka di hati dibawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan. |
|
Tesaurus |
---|
| takut (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat, Berantonim dengan berani
2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati, Berantonim dengan senang hati
3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder, Berantonim dengan berani
| Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut, |
|
Puisi |
---|
|
Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 35 A bird in the hand is worth a hundred flying Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula. Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|