SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir surut ikan geramai, Sudah dapat ikan tenggiri; Masa hidup kita berdamai, Mati nanti seorang diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengail ikan gelama, Turun ribut datanglah takut; Air surut kapal hilir sama, Air pasang ia tersangkut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLurut-lurut padi seberang, Buah banyak melirit-lirit; Bergerak surut pasang hilang, Nampak hitam lumpur di parit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPancang di pulau jatuh terhempas, Hanyut sampai Pantai Serani; Pasang tak penuh surut timpas, Itu bernama pasang berani. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan. |
|
Puisi |
---|
|
Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.
Lihat selanjutnya... |
|