SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak rusa lari ke barat, Sampai di barat makan ubi; Sementara gila belum melarat, Carilah bomoh untuk mengubati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKelapa muda rumah Megat, Mari makan bulan puasa; Badan muda biarlah ingat, Sementara belum rosak binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRampai-rampai di Tanjung Puri, Pulau Pandan jauh ke tengah; Seronok ramai sementara tak mati, Kalau mati dikandung tanah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain lama ditukar baru, Menanti kain dari kedai; Permainan kamek diulang baru, Sementara menanti orang yang pandai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak galah mudik ke Jelai, Batang pinang dalam perahu; Apa salah kita bercerai, Sementara tunang belum tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati. |
|
Tesaurus |
---|
| sementara (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika, Berantonim dengan kekal
2. Dalam konteks sastera lama bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,
3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,
4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,
| Kata Terbitan : kesementaraan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi.
Lihat selanjutnya... |
|