SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Acheh ke Kinabatangan, Dari Johor berdagang sabut; Penyakit datang dari tuan, Tuanlah juak menjadi ubat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan bukit saja meruntuh, Orang Serani meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Dendam berahi membunuh juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMemburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari. |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Serai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik.
Lihat selanjutnya... |
|