SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Pandai-pandai tupai melompat, Lama-lama jatuh ke tanah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAlang-alang betis pelanduk, Kita matikan tetauk muda; Pantang helang bersama manuk, Lama-lama bersama jua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Milik Padang Jahana, Rama-rama di atas tunggul; Adik balik abang nak tanya, Lama-lama sekali timbul. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul. |
|
Tesaurus |
---|
| lama (adjektif) | 1. Dalam konteks tempoh bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan, Berantonim dengan sekejap
2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks fesyen bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman, Berantonim dengan moden
4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,
| Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan, |
|
Puisi |
---|
|
Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 366 Many a little makes a mickle Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a little makes a mickle, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|