Pantun |
Sumber |
Tema |
Nan galah tetap galah, Nan akar tetaplah akar; Nan salah tetaplah salah, Nan benar tetaplah benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun sampan belayar lagi, Hamba tetap bertambat juga; Walaupun tuan mengingkari janji, Hambakan tetap taat setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun hujan datang menimpa, Kami tetap berladang padi; Walaupun tuan memandang harta, Kami tetap berlapang hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak mati matilah ikan, Jala tetap direntang lagi; Hendak benci bencilah tuan, Hamba tetap datang ke mari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun kolek sudah berhenti, Perahu nadi tetap belayar; Walaupun adik sudah membenci, Hatiku ini tetap bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Walau bulan tidak mengambang, Pelita kami tetap menyala; Walaupun tuan tidak memandang, Cinta di hati tetap membara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun benih dimakan musang, Bila disiram tetap menjadi; Walau kekasih di tangan orang, Cinta kupendam tetap abadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil tetap mewalikan anak; Degil bukan sebarang degil, Degil menyelap gilakan talak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| tetap | 1. Bersinonim dengan kekal ( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, ) (adjektif:) Berantonim dengan sementara
2. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, ) (kata tugas:) Berantonim dengan terhenti-henti
3. Bersinonim dengan pasti ( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan, |
|
Puisi |
---|
|
Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak.
Lihat selanjutnya... |
|