Pantun |
Sumber |
Tema |
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut menyala semakin terang; Takut bukan sebarang takut, Takut kerana main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut kelapa tidak tenggelam; Takut bukan sebarang takut, Takut kerana merangkak malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut berapi nyalanya marak; Takut bukan sebarang takut, Takut ke bini kerana bengak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut kelapa apinya terang; Takut bukan sebarang takut Takut kerana bininya garang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau takut dilanda pasang, Jangan berumah di tepi pantai; Kalau patut abang meminang, Berkering basah hambakan sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau takut merendam cendawan, Eloklah mandi bersabun lumut; Kalau takut menentang lawan, Eloklah mati terjun ke laut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa takut sembahyang subuh, Subuh datang sembahyang ditegakkan; Mengapa takut menentang musuh, Musuh datang pantang dielakkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Abang takut melihat belalai, Ikut jangan dikira-kira; Abang takut kita terlalai, Lambat-laun jadi sengsara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa takut menempa belati, Esok Iusa kan ditempa juga; Mengapa takut menempuh mati, Esok lusa kan ditempuh juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| takut (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat, Berantonim dengan berani
2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati, Berantonim dengan senang hati
3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder, Berantonim dengan berani
| Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut, |
|
Puisi |
---|
|
Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 35 A bird in the hand is worth a hundred flying Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula. Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|