Pantun |
Sumber |
Tema |
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Airlah surut sampan tersekat, Kerana ke tepi ketika pasang; Hatiku hanyut badan melarat, Kerana kekasih lama tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang surut sampan terkandas, Susahlah hati hendak berdagang; Kupandang laut semakin luas, Payahlah kami hendak menyeberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat; Orang patut menghormati guru, Petuah dipegang ilmu diingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut airnya timpas, Kena tonggak tergalang perahu; Orang patut berfikiran luas, Bila bertindak ditimbang dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut bawa menjala, Bila pasang kembali ke darat;, Orang patut wibawanya ada, Siapa memandang hati terpikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut sampan menepi, Supaya mudah mencampak sauh; Orang patut tahukan diri, Muka peramah tegak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.
Lihat selanjutnya... |
|