Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila menebar jala, Lama-lama dapat ikan; Apabila besar kepala, Lama-lama dapat lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu makan tenguli, Lama-lama muakkan pindang; Kalau selalu termakan budi, Lama-lama diperbudak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu bermain silat, Lama-lama jadi pendekar; Kalaulah malu bekerja berat, Lama-lama kan rugi besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat tiang, Lama-lama pasti tercampak; Siapa saja kuat berhutang, Lama-lama mati mendadak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rosak tiang beranai-anai. Lama-lama tentulah lapuk; Rosak orang memandai-mandai, Lama-lama tentu beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jangan suka mandi berendam, Lama-lama tak dapat bangkit; Jangan suka hati berendam, Lama-lama jadi penyakit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Siapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Apabila menjala udang, Lama-lama ada rezeki; Apabila suka meradang, Ke mana saja kena keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat kayu, Lama-lama tentulah jatuh: Siapa saja kuat berseteru, Ke mana-mana kena pelupuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka mengikat taji, Lama-lama tentu terluka; Siapa suka berniat dengki, Kemana saja tentu celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| lama (adjektif) | 1. Dalam konteks tempoh bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan, Berantonim dengan sekejap
2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks fesyen bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman, Berantonim dengan moden
4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,
| Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan, |
|
Puisi |
---|
|
Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.
Lihat selanjutnya... |
|