| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Lipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Jika tuan ke Surabaya, Lipat kajang kemas-kemas; Jika tuan kasih kan saya, Carikan kijang bertanduk emas. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
| Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Buah limau tepi perigi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau abang mahukan kami, Carilah kijang bertanduk emas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kalau tuan pergi ke Jambi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau tuan hendakkan kami, Carikan kijang bertanduk emas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Lipat kain dikemas-kemas, Ditaruh mari di atas peti; Baik hilang barang kemas, Jangan kuhilang buah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hari redup memetik buah, Dapat buah disimpan kemas; Puteri Li Po sungguh bertuah, Dapat pedati bersalut emas, | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
| Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | kemas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun, Berantonim dengan berselerak
2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,
3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,
4. Bersinonim dengan sihat: segar
| | Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas, |
|
| Puisi |
|---|
|
Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas?
Lihat selanjutnya... |
|