Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat berhati tabah, Kepada Allah selalu tawakal; Membuang adat keji bertambah, Kerja menyalah laku pun bebal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka mendekati api, Lama-lama tentu terbakar; Siapa suka berbuat keji, Nama hina hidup terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Padang lalang rumputnya tinggi, Siapa melapah tentunya miang; Orang peradang mulutnya keji, Suka berbantah memalukan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila ke hulu berjual padi, Ke hilir pula berjual pisang; Apabila selalu berbual keji, Akhirnya kepala dipenggal orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tegak adat rakyat bahagia, Pemimpin terpuji muka belakang; Rosak adat rakyat teraniaya, Pemimpin keji bala pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau selalu menebas ladang, Tentulah padi di tanam subur; Kalau terlalu menindas orang, Tentulah keji di dalam kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menjala udang, Lama-lama ada rezeki; Apabila suka meradang, Ke mana saja kena keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila musang sudah merayau, Banyaklah ayam kan jadi korban; Apabila orang suka meracau, Akhlaknya karam keji kelakuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| keji (adjektif) | Bersinonim dengan hina, sangat rendah, cacat, cela, leta, rucah, kotor, ceroboh, safil, mesum,
buruk, jelek, hodoh, terkutuk, ditimpa laknat, celaka, jijik, cemar, cabul, jahat, durjana,
kurang sopan, nista, sangat buruk, kumuh;, | | Kata Terbitan : mengeji, mengejikan, kejian, kekejian, |
|
|