Kata |
Takrif |
Sumber |
cemar | 1 tidak bersih; kotor. 2 ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1 menyebabkan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengejikan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat. pencemar 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cemar | 1. tidak bersih; kotor. 2. ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1. menyebabkan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2. ki memburukkan (ttg nama); mengejikan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat. | Kamus Pelajar |
cemar I | 1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak murni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid); bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercampur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); mencemar; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; tercemar dicemar; kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain; pencemaran perbuatan mencemarkan (mengotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemar hantu | sj tumbuhan yg hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, Cassytha filiformis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemar II | ; ~ hantu sj tumbuhan yg hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, Cassytha filiformis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemar(corrupt) | Merosakkan data dalam fail komputer dengan sengaja sehingga sukar dipulihkan semula. | Kamus Komputer |
menajiskan | 1. menjadikan kotor, mencemarkan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercemar | mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercampur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotor | 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotor | 1 tidak bersih; cemar: Lalat suka hinggap di tempat yg ~. 2 tidak baik (bkn perkataan, perbuatan dll); tidak senonoh; keji: Ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan perkataan yg ~. ~ mulut suka bercakap ttg perkara yg tidak senonoh. mengotori menjadikan kotor (oleh sesuatu yg bersifat kotor): Sampah sarap yg ~ lantai itu disapunya. mengotorkan 1 menyebabkan menjadi kotor (oleh seseorang dgn menggunakan sesuatu yg bersifat kotor): Sekumpulan budak nakal telah ~ lantai sekolah dgn lumpur. 2 menyebabkan sesuatu menjadi kotor atau cemar (dgn melakukan sesuatu); mencemarkan: Dia telah ~ nama baik keluarganya. kotoran sesuatu yg kotor (spt najis, sampah dll). kekotoran keadaan kotor; kecemaran: ~ udara dpt mendatangkan penyakit. pengotoran perihal (perbuatan) dsb menjadikan atau menyebabkan kotor. pengotor orang yg tidak menghiraukan kebersihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
contaminant | n bahan cemar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
environmental | adj 1. of, rel to the natural world, alam sekitar, persekitaran: ~ pollutants, bahan cemar alam sekitar; 2. of, caused by os surroundings, persekitaran: many ~ factors must be considered when dealing with these children, banyak faktor persekitaran yg mesti diambil kira apabila menghadapi kanak-kanak ini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
efflux | n 1. a flowing out, pengaliran keluar: ~ of polluted water, pengaliran keluar air yg cemar; 2. st that flows out, efluks. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
primary pollutant | primer bahan cemar | Kejuruteraan | Tiada | Bahan cemar berbahaya di udara ambien dalam bentuk kimia asal semasa dilepaskan, contohnya sulfur dioksida, oksida nitrogen dan sebagainya. |
pollution control | kawalan pencemaran | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses mengurangkan atau menghapuskan pelepasan bahan cemar dalam bentuk cecair, gas, pepejal dan enap cemar dalam alam sekitar. |
sludge | enap cemar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enapan lekit yang terdiri daripada minyak pelincir kotor, air dan habuk. Enapan ini terbentuk daripada hakisan enjin. |
hazardous air pollutant | bahan cemar udara berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bendasing toksik yang wujud dalam atmosfera yang menjejaskan kesihatan biota akibat aktiviti manusia atau terjadi secara semula jadi. Contohnya, sebatian organik mudah meruap dan dioksin. |
sewage treatment | rawatan kumbahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses menghilangkan bahan cemar daripada sisa buangan domestik atau industri. |
pollution prevention | pencegahan pencemaran | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses atau teknologi yang digunakan untuk mengurangkan atau menghapuskan penghasilan bahan cemar dalam sebarang proses pembuatan. |
crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan. |
waste water treatment | olahan air sisa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Gabungan operasi dan proses yang direka bentuk untuk mengurangkan kandungan bahan cemar dalam air sisa kepada tahap yang boleh diterima. Parameter standard seperti oksigen terlarut, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, pH dan jumlah pepejal terlarut digunakan untuk mengukur prestasi olahan. |
environmental impact | kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti yang berkaitan dengan antropologi seperti pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar. |
environmental impact potential | keupayaan kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kebarangkalian terjadinya perebakan kesan negatif akibat aktiviti yang berkaitan dengan antropologi, contohnya pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
cemar | mamak [mama] | Melanau Dalat | |
cemar | pencemaran udara pancamaan udaak. | kedayan | |
cemar | mencemar nama nyama damak; | kedayan | |
cemar | cama, koto; | kedayan | |
samer | cemar; 1 tidak bersih kotor; 2 ki tidak murni atau tidak baik bkn nama, perkataan, dll: ngadan a tama lian itou ngak ~ nama ayahnya kini sudah cemar; | Melanau Mukah | |
tekarak | cemar | TETAW | |
mamak | kotor; 1 tidak bersih, tidak jernih, cemar: wakasek ~ pakaian kotor; 2 ki lucah, tidak senonoh: yau telabau nou kotornya kata-kata kamu; | Melanau Mukah | |
dat, dat-dat, pedat | kotor; 1 tidak bersih, tidak jernih, cemar: mupuok wakasek ~ membasuh pakaian yg kotor; 2 ki lucah, keji, tidak senonoh: mujun ~ mulut yg kotor; | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb lurah. (KEJ) core wall corrugated vault Kamus Sains.indb 243 7/8/08 11:48:41 AM 244 corrugmeter (korugmeter) Alat yang digunakan untuk mengukur kekasaran permukaan jalan. (KEJ) corrupt (cemar) Perihal merosakkan data dalam fail komputer dengan sengaja sehingga sukar dipulihkan semula. (KOM) corundum (korundum) Aluminium oksida semula jadi. Korundum sangat keras dan kekerasannya hampir sama dengan intan. Korundum terdapat lur. Dalam keadaan yang sesuai, atom kecil boleh menduduki ruang ini tanpa menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur seperti dalam borida, nitrida dan karbida logam peralihan. 2. Berkaitan dengan atom bahan cemar yang menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur. Contohnya, atom karbon atau nitrogen dalam hablur besi. (KIM) interstitial diffusion (resapan celahan) Resapan yang berlaku apabila suatu atom meresap di antara kekisi dua
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
cemar | [ce.mar] | چمر |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
hujan asid | acid rain | Hujan yang terbentuk disebabkan air hujan mengandungi asid nitrik dan asid sulfurik. Pembentukannya disebabkan pencampuran air hujan dengan gas cemar udara seperti gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang melarut dalam air hujan. | Menengah Rendah |
pengudaraan | ventilation | Proses membekalkan udara segar kepada ruang yang tertutup bagi menyegarkan, membuang dan menggantikan udara yang sedia ada. Pengudaraan lazim digunakan untuk membuang bahan cemar seperti asap, habuk atau wap serta menghasilkan persekitaran yang sihat dan selamat. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemar |
|
|