Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila bermalam di rumah orang, Jangan dianggap rumah sendiri; Apabila meminjam hak milik orang, Jangan dianggap hak milik sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Patuh Melayu kepada yang hak, Bila batil diketepikan; Senonoh laku kukuhlah tegak, Besar kecil jadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ayam beranak empat, Mari makan di cerang rimba; Hak jinak tangkap tak dapat, Hati mana abang tak gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Lepas kuda jalan ke barat, Ambik kain buat panji; Lepas muda jangan diharap, Ambik hak lain buat ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berburu rusa di Hutan Melintang, Dapat rusa tidak bertanduk; Baru semalam tuan datang, Sudah dapat hak penduduk. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Pakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hak | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan kuasa ( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan milik ( kepunyaan) (kata nama:)
| Kata Terbitan : berhak, |
|
Puisi |
---|
|
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh.
Lihat selanjutnya... |
|