Pantun |
Sumber |
Tema |
Buah nangka dimakan ulat, Belum masak sudah membusuk; Sudah lama kukirimkan surat, Belum nampak dinda menjenguk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Sayang belatuk raja burung, Hinggap di atas pokok selasih; Lama sudah dendam berkurung, Belum bertemu pada kekasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Si kuyong burung pipit, Terbang anak tiung lampai; Mentelah lama menaruh sakit, Tegal dek ajal belum sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| lama (adjektif) | 1. Dalam konteks tempoh bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan, Berantonim dengan sekejap
2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks fesyen bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman, Berantonim dengan moden
4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,
| Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang belatuk raja burung, Hinggap di atas pokok selasih; Lama sudah dendam berkurung, Belum bertemu pada kekasih.
Lihat selanjutnya... |
|