PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
coherence length | | | Jarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm. |
nanovector | | | Vektor yang menggunakan bahan nanostruktur seperti nanotiub karbon untuk penghantaran ubatan. Proses penghantaran ini amat berkesan terutamanya dalam peningkatan penyebaran air, bioketersediaan, penusukan sel ke dalam tisu dan mengurangkan ketoksikan. Contoh nanovektor yang digunakan ialah virus tumbuhan. |
smart drug | | | Ubat yang dihasilkan menggunakan teknologi reka bentuk molekul dan nanobiologi yang dapat bertindak secara berkesan di dalam tubuh, di tempat dan pada masa yang diperlukan. Contohnya, ubat penenang dan ubat terapi molekul DNA. |
skin cream | | | Cecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer. |
|
Tesaurus |
---|
| kesan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,
2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,
3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan, |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|