PeribahasaHangat tiada berapi, sejuk tiada berair.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai dirahap kain basah.TakrifDingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas.TakrifHidup dalam kemiskinan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.TakrifMenderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sejuk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan dingin: adem Berantonim dengan panas
2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim, Berantonim dengan pengap
3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, Berantonim dengan huru-hara
| Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin, |
|
Puisi |
---|
|
Sejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.
Lihat selanjutnya... |
|