PeribahasaObat jauh penyakit hampir.TakrifDalam kesusahan, sukar mendapat pertolongan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.TakrifSesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDimakan kapang habis berlubang.TakrifMenderita penyakit kelamin. kapang = sejenis teritip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatang seperti ribut, pergi seperti semut.TakrifTentang penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ayam berak kapur.TakrifRupa pucat kerana menghidap penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anak dara mabuk andam.TakrifLemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam dimakan (= kena) tungau.TakrifPucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut.TakrifTentang penyakit. Peribahasa lain yang sama makna: Datang seperti ribut, pergi seperti semut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPucat lesi bagai ayam kena lengit.TakrifOrang yang lemah dan pusat. lengit = penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Serai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik.
Lihat selanjutnya... |
|