PeribahasaSedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit.TakrifSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.TakrifSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.TakrifAlamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.TakrifCermat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCarik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.TakrifPerselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPunggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokok.TakrifBelum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.TakrifPerselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLekuk batu dititik air selalu.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| lama (adjektif) | 1. Dalam konteks tempoh bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan, Berantonim dengan sekejap
2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks fesyen bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman, Berantonim dengan moden
4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,
| Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan, |
|
Puisi |
---|
|
Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.
Lihat selanjutnya... |
|