PeribahasaSeperti pipit menelan jagung.TakrifHendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiang pandak hendak menyamai tiang panjang.TakrifHendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPermaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.TakrifOrang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntut bertambah kulitnya.TakrifOrang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.TakrifOrang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusut juga ditimbun oleh anai-anai.TakrifOrang kaya juga yang bertambah kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.TakrifHemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.TakrifJimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.TakrifOrang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang.TakrifHendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kaya (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berharta: berkuasa, berada, berwang, mampu, berpunya,
mewah, gana, ghani, sugih, melimpah-limpah, hartawan, dermawan,
2. Bersinonim dengan kaya dengan: subur, produktif, berhasil, banyak, lebat,
mempunyai, mengandungi,
| Kata Terbitan : mengayakan, memperkaya, terkaya, kekayaan, pengayaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung.
Lihat selanjutnya... |
|