PeribahasaBagai hantu makan dedak.TakrifBersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBurung hantu kesiangan.TakrifTak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut di hantu, terpeluk ke bangkai.TakrifKerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut akan hantu, lari ke pandam.TakrifKerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam = pekuburan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut titik lalu tumpah.TakrifKerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah tinggal sarang hantu, orang bujang sarang fitnah.TakrifOrang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCampak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.TakrifOrang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti polong kena sembur.TakrifBerlari lekas-lekas kerana ketakutan. polong = hantu; sembur = jampi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakut akan mayat terpeluk bangkai.TakrifKerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan hantu, lari ke pandam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerasuk seperti polong tak berjinjang.TakrifBerkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| hantu (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,
| Kata Terbitan : berhantu, menghantui, |
|
Puisi |
---|
|
Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan.
Lihat selanjutnya... |
|