Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah penggunaan perkataan "sempadan" bagi menggantikan perkataan had betul? (merujuk kepada kelajuan) | Perkataan yang paling hampir maknanya dengan sempadan ialah batas. Walau bagaimanpun sempadan juga boleh dikiaskan kepada makna had atau takat. | Tatabahasa | 18.10.2012 |
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih. | Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan di lebih / dilebih dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih. | Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Reinforcing within expanding beyond | Memperteguh ke arah expanding beyond - menjangkau sempadan | Lain-lain | 12.01.2009 |
bhs supranasional???? cth utk bhs ini... | Bahasa supranasional ialah bahasa yang melangkaui sempadan atau kepentingan negara. | Lain-lain | 08.11.2006 |
apakah maksud gerrymandering | Istilah bahasa Melayu untuk "gerrymandering" ialah penentuan sempadan. Istilah ini terdapat dalam bidang Sains Politik. | Istilah | 09.05.2013 |
saya ingin mendapat koleksi sajak dari penyair-penyair kelantan dan biodata mereka | Sila merujuk bahan ini : Sempadan abadi : antologi puisi Persatuan Penulis-penulis KelantanDirektoti Penulis Kelantan | Lain-lain | 23.12.2008 |
apakah maksud dasar langit terbuka? | Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 26.09.2007 |
apa erti penjenemaan semula,faedah penjenamaan semula | Sila rujuk bahan ini : 1. Brand failures: the truth about the 100 biggest branding mistakes of all time Haig, Matt Kogan Page 2003 2. Penjenamaan merentasi sempadan : panduan pemasaran jenama global Gregory, James R. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2007 | Lain-lain | 12.09.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| sempadan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,
2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,
3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi, Berantonim dengan tengah
| Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani, |
|
Puisi |
---|
|
Limau lelang tengah sempadan, Petik orang bawa ke hulu; Rimau menderam tengah hutan, Monyet siamang gemangkan bulu.
Lihat selanjutnya... |
|