Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tuan, sl... apakah maksud sl dalam kamus dewan ini? contohnya, pancaraja sl; ~ diraja sl alat (tempat) meng | Kependekan sl bermaksud sastera lama, iaitu pancaraja diraja ialah perkataan sastera lama yang bermaksud alat (tempat) mengusung jenazah raja. | Lain-lain | 18.08.2011 |
Saya ingin mencari buku sastera lama...sekitar 70an dan tidak ingat penulisnya serta terbitannya....Tajuk Buku itu ialah "Juara Yang Tewas" | Salam. Buku Juara yang Tewas, terbitan DBP, 1985 adalah karya Aripin Said. Sdr. boleh membuat rujukan kepada buku tersebut dengan datang sendiri ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau di mana-mana perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 06.08.2009 |
apakah maksud marcapada? | Marcapada merupakan perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini. | Makna | 15.11.2007 |
makna perkataan UNSURI dan AKTUAL | Unsuri ialah kata sastera lama yang bermaksud berkaitan dengan unsur (asal mula dll), manakala aktual bermaksud yang sebenarnya. | Makna | 19.06.2010 |
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU? | Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. | Lain-lain | 25.03.2009 |
maksud perkataan Perwira dan Satria | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; | Istilah | 18.06.2009 |
sehingga beberapa lamanya tiada dapat kalah sebelah jemelah. ( munsyi, inilah petikan daripada Hikayat Seri Kelantan, apakah maksud jemelah mengikut sastera lama? TK) | Tidak ada makna perkataan jemelah dalam sumber rujukan kami. | Makna | 02.04.2012 |
Pada marcapada ini betul ke? Marcapada ini? atau Marcapada sekarang? yang mana satu betul? | Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini. Melihat kepada aspek makna kata marcapada boleh didahului dengan kata sendi nama pada tetapi tidak dapat diikuti oleh kata ini dan sekarang. | Tatabahasa | 06.09.2011 |
Apakah perbezaan antara"patik","hamba" dan "tuan hamba"? Terima kasih | Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
apakah lagi perkataan yang jarang digunakan tetapi terdapat dalam kamus dewan? | Saudara boleh merujuk Kamus Dewan dan mengenal pasti perkataan-perkataan yang ditandakan sebagai arkaik atau sastera lama. | Lain-lain | 30.01.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| lama (adjektif) | 1. Dalam konteks tempoh bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan, Berantonim dengan sekejap
2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks fesyen bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman, Berantonim dengan moden
4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,
| Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan, |
|
|