Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat sejahtera diucapkan. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang ayat majmuk. Diharap pihak tuan/puan dapat membantu saya. i) Kain sari itu berkualiti. ii) Kain sari itu dhasilkan dengan teliti. Ayat majmuk untuk kedua-dua ayat tunggal di atas ialah: a) Kain sari yang berkualiti itu dihasilkan dengan teliti. b) Kain sari itu berkualiti dan diahasilkan dengan teliti. a atau b merupakan jawapan yang tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | Encik Teoh, Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat majmuk kerana mempunyai dua ayat tunggal. Akan tetapi, kedua-dua ayat ini boleh dijadikan satu ayat dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Proses gabungan ini dipanggil ayat majmuk gabungan. Oleh itu, ayat sdr akan dibina seperti berikut: Kain sari itu berkualiti dan dihasilkan dengan teliti. Untuk makluman sdr, ayat (i) dan (ii) mempunyai unsur yang sama dan diulang, iaitu kain sari. Oleh itu, bahagian yang sama itu boleh digugurkan dan ditambah dengan kata hubung "dan". | Tatabahasa | 27.03.2009 |
Dalam terjemahan sari kata rancangan tv untuk perkataan pope, perlukah pope dikekalkan dengan menjadikannya italic? adakah menggunakan perkataan 'paus' salah atau tidak wajar dalam terjemahan Bahasa Inggeris kepada B.Melayu bagi perkataan pope? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "pope" ialah paus (bidang Sejarah). Dalam Kamus Dewan edisi keempat, paus bermaksud biskop di Rom yg mengetuai gereja Roman Katolik. Oleh itu, perkataan paus adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 29.05.2012 |
ada panduan untuk penulis sari kata? Penggunaan kata yang betul. Kata ganti, kata nama dan sebagainya. | Untuk makluman DBP tidak mempunyai buku panduan khusus untuk penulis sari kata. Walau bagaimanapun, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan panduan tentang penggunaan perkataan seperti kata ganti nama, kata nama dan sebagainya. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih. | Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuat yang dianggap lewah bagi dibuat. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" 2. "intisari" atau "inti sari" 3. Tolong huraikan perbedaannya. Terima kasih. | 1. "dengar siaran kami" atau "dengarkan siaran kami" - kedua-duanya betul, lazimnya frasa yang kedua digunakan dalam ayat perintah. 2. Ejaan yang betul ialah inti sari, kedua-dua perkataan dalam kata majmuk tersebut boleh memberi makna dan tidak digolongkan dalam kumpulan kata majmuk yang telah mantap. | Tatabahasa | 10.05.2011 |
salam saya ada keraguan tentang kata nama baju kurung, kain sari dan ceongsam di antara tiga kata nama ini yang nama satukah kata nama khas dan apakah huraiannya yang menyatakan kata nama ini sebagai kata nama khas. | Kata nama am merujuk benda atau perkara yang bersifat umum manakala kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bersifat khusus. Oleh itu, baju kurung, kain sari dan ceongsam ialah kata nama am. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
ia digunakan untuk sari kata rancangan.Ayat sebelum menerangkan tentang rancangan tersebut,sbg cth: Rancangan ini mengandungi perkataan yang mungkin menyinggung dan untuk tontonan penonton matang. Budi bicara adalah dinasihatkan." | Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan. Namun penggunaan yang gramatis "ia" digunakan bagi kata ganti nama diri manusia. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan prosa tradisional hang tuah mengalahkan taming sari yang terdapat dalam antologi anak bumi tercinta? Saya memerlukan huraiannya. Terima kasih | Untuk mendapat huraian tentang pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam teks KOMSAS "Anak Bumi Tercinta", saudara/saudari boleh mendapat atau membuat rujukan dalam buku-buku huraian tentang teks KOMSAS ada ada dijual di kedai-kedai buku termasuk di Kedai Buku DBP. Untuk mendapat atau merujuk teks Hikayat Hang Tuah sepenuhnya yang disusun oleh Kassim Ahmad, saudara/saudari boleh merujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau membeli di Kedai Buku DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.05.2007 |
Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih. | Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan. Wati: bentuk yg menyatakan perempuan | Makna | 14.04.2009 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang? | Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| sari (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,
2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,
| Kata Terbitan : menyarikan, |
|
Puisi |
---|
|
Sari manis tangguli manis, Manis bercampur air tebu; Hari-hari gila menangis, Musim pabila kan bertemu.
Lihat selanjutnya... |
|