Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya memiliki himpunan sajak-sajak yang saya tulis. ada yang pernah dihantar dan diterbitkan di majalah. bagaimanakah jika saya ingin menerbitkan himpunan sajak saya itu dalam bentuk buku untuk diterbitkan agar dapat dikongsi. | saudara bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.05.2009 |
Ayat yang mengandungi pelengkap tak langsung ialah A.saya amengarang sebuah sajak. B.Saya mengarangkan sebuah sajak. C.Sajak utu saya karang sendiri D.Sajak itu dikarang oleh Ali mana satukah jawapannya? apakah yang dimaksudkan pelengkap tak langsung ? terima kasih | Yang betul ialah saya mengarangkan sebuah sajak. Sajak itu saya karang sendiri. Sajak itu dikarang oleh Ali. Pelengkap terdapat pada ayat dengan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Tapi unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Frasa pelengkap tak langsung tidak terdapat dalam konteks ayat tak transitif. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah objek tepat dan objek sipi dalam konteks ayat transitif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 385. | Tatabahasa | 22.04.2008 |
Ke hadapan Tuan/Puan, Selamat sejahtera. Saya dengan ikhlasnya ingin meminta panduan untuk penerbitan sajak di bawah penerbitan dewan bahasa dan pustaka. Sesungguhnya, koleksi sajak ini menghampiri satu dekad lamanya dan gaya-gaya yang terkandung di dalam penulisan sajak-sajak hasilan ini amat sayang jika dibiar tersimpan dalam laci. Saya berharap mendapat peluang dan panduan untuk proses penerbitan ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, John Chong | Saudara boleh menghantar sajak-sajak saudara itu kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dinilai. Sekiranya sesuai, sajak saudara akan disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 22.05.2011 |
asalamualaiku..salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah saya masih boleh menghantar sajak-sajak hasil penulisan saya kepada Dewan Puisi Siswa dan Pelajar walaupun kini saya sudah tidak bersekolah lagi? Dan adakah saya masih diberi saguhati bagi hasil penulisan yang akan saya hantar tersebut seperti mana semasa saya masih bersekolah sebelum ini? | Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Sekiranya tuan masih menuntut di IPT, tuan boleh menghantar karya kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta atau Dewan Budaya mengikut tema majalah masing-masing. Dewan Pelajar dikhususkan untuk pelajar yang berusia antara 7 hingga 13 tahun. Ya, sajak atau puisi tuan yang diterbitkan akan dibayar honorarium. | Lain-lain | 03.05.2012 |
asalamualaiku..salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah saya masih boleh menghantar sajak-sajak hasil penulisan saya kepada Dewan Puisi Siswa dan Pelajar walaupun kini saya sudah tidak bersekolah lagi? Dan adakah saya masih diberi saguhati bagi hasil penulisan yang akan saya hantar tersebut seperti mana semasa saya masih bersekolah sebelum ini? | Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan sedang menuntut di universiti, tuan masih boleh menghantar puisi kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah terbitan DBP yang lain, seperti Tunas Cipta,Dewan Budaya, dan Pelita Bahasa dan puisi yang dihantar hendaklah sesuai dengan majalah masing-masing. Majalah Dewan Pelajar pula dikhususkan kepada karya oleh pelajar sekolah yang berusia antara 7 hingg 13 tahun. | Lain-lain | 14.04.2012 |
Assalammualaikum tuan editor.saya ingin bertanya saya mempunyai kemahiran dalam mencipta sajak.bagaimana saya hendak menghantar sajak saya kepada dewan bahasa dan pustaka(DBP).boleh tak saya menjadi sebahagian daripada keluarga dewan bahasa dan pustaka? | Adik boleh menghantar sajak-sajak adik ke Majalah Dewan Siswa dan majalah Tunas Cipta. Berikut alamatnya: Editor Tunas Cipta, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.07.2008 |
Assalamia;aikom, Saya adalah seorang penulis yang pernah menyumbang karya da;am penerbitan DEWAN BAHASA & PUSTAKA. Sebagai penulis saya menggunakan nama pena KASAJIZA A.S. Pada tahun 1970-80an ada antara karya saya diterbitkan oleh DBP melalui antologi puisi SAJAK SAJAK HADIAH SASTERA 71-73, majalah DEWAN SASTERA dan DEWAN MASYARAKAT. Saya sekarang dalam usaha menerbitkan antologi puisi perseorangan yang bakal diterbitkan oleh ITBM. Dengan ini saya ingin mengetahui ke bahagian manakah perlu saya menulis untuk memohon keizinan 'PELEPASAN HAKCIPTA' sajak sajak saya yang pernah diterbitkan oleh DBP itu untuk tujuan penerbitan antologi puisi saya tersebut. Sekian, Assalamualaikum w.r.t | Assalamualaikum, tuan. Terima kasih kerana bertanyakan hal ini. Untuk makluman tuan, alamatkan saja surat tuan itu kepada Ketua Bahagian, Bahagian Harta Intelek, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. | Lain-lain | 19.08.2013 |
Benarkah tatabahasa bahasa Melayu boleh diabaikan dalam penulisan lirik lagu dan puisi ? Berdasarkan pemerhatian saya, banyak pantun, syair dan gurindam lama yang salah tatabahasa. Begitu juga sajak-sajak daripada penulis mapan yang jelas salah penggunaan tatabahasa. Apatah lagi lirik lagu masa kini yang mengabaikan terus kesantunan bertatabahasa. | DBP ada menerbitkan sebuah buku "Memahami Gaya Bahasa" oleh Rahman Shaari. Dalam buku tersebut penulisnya ada membincangkan tentang 'Hubungan Tatabahasa dengan Puisi' dan tentang 'Licentia Poetica'. Buku terbitan tahun 1993 boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.11.2009 |
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)? | Saudara, "Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas. Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut: - distikhon - terzina - quatrain - quantain - sextet - septet - oktaf Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya terdiri daripada 3 baris: contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang Sisa hudup ini akan kita pelihara dengan tanah bersama pohon menghijau indah di atas tulang yang kurus, daging dan darah dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar: Malam hiba dadanya unggu luka pungguk tersedu pilu di atas batu Bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya sekian, terima kasih. | Sastera | 22.03.2011 |
Adakah sajak Tetamu Senja karya A. Samad Said, merupakan salah satu sajak terbitan DBP? | Sajak "Tetamu Senja" karya Sasterawan Negara A. Samad Said pertama kali telah tersiar dalam Utusan Zaman , 3 November 1955. Sajak ini kemudian telah dimasukkan dalam Kumpulan Puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dan diberi Kata Pengantar oleh Dharmawijaya terbitan Utusan Publications & Distributors tahun 2005.Terima kasih. | Lain-lain | 18.02.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| sajak | 1. Bersinonim dengan puisi ( syair, epik, gurit, bait, prosa, epos, nalam, nazam, radif, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan segak ( bergaya, tampan, lawa, cantik, indah, menarik, pantas, padan, cocok, sekah, takah, tumandang, ) (adjektif:) Berantonim dengan hodoh
| Kata Terbitan : bersajak, menyajak, menyajakkan, penyajak, |
|
|