Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud puak, berpuak? apakah yang menyatukan puak-puak di malaysia? bagaimana puak-puak terjadi? berapakah bilangan puak di dalam masyarakat kita contohnya cina, india dan melayu? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud puak ialah kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan. Berpuak-puak pula ialah bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok. Soalan lain tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan. Harap maklum. | Makna | 20.11.2007 |
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila? | Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan. | Makna | 10.06.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| puak (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kelompok: kumpulan, golongan, pasukan, tim, pihak, belah, kalangan, kerabat, marga kobok,
etnik,
2. Bersinonim dengan kaum: suku, bangsa, ras, komuniti, masyarakat, keturunan, bani, mujtamak,
| Kata Terbitan : berpuak-puak, mempuak-puakkan, |
|
|