Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Terjemahan yang mana lebih sesuai untuk "pneumococcal diseases", "penyakit-penyakit pneumokokal" atau penyakit-penyakit pneumokokus". Terima kasih | Istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk "pneumococcal diseases" ialah penyakit pneumokokus. | Istilah | 17.04.2013 |
maksud penyakit sopak dan kusta | Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan. | Makna | 26.08.2008 |
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD. | Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.12.2019 |
helo, saya hendak tanya ejaan umtuk dua perkataan. 1. menghiris atau mengiris? 2. menghidapi penyakit atau mengidapi penyakit? | Jawapan yang betul ialah 1. menghiris dan 2. menghidapi penyakit. | Lain-lain | 10.08.2010 |
1.Pelbagai jenis penyakit? 2.Pelbagai penyakit Ayat manakah yang betul?Mengapa? 3.DBP berusaha (meningkatkan,mempertingkatkan) pemahaman tatabahasa dalam kalangan pengguna bahasa 4.Apa bezanya antara imbuhan awalan MeN.. dan imbuhan apitan MeN ...kan?Intinya bilakah kita mengguna meN dan MeN...Kan.Contoh,kita mengguna atau menggunakan pen untuk menulis? 5.Frasa "Sebagai contoh "atau "contoh",manakah yang persis dan betul? 6.Adakah perkataan "menanda" BETUL?contoh,cikgu Lim menanda kertas bahasa Melayu?atau Cikgu Lim menandai kertas BM | 1.&2.- Kedua-duanya adalah betul dan ayat pertama adalah lebih khusus berbanding ayat yang kedua. 3. meningkatkan 4. meN- ialah awalan kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Contoh yang betul: Kita menggunakan pen untuk menulis. Sila rujuk Tatabahasa Dewan 5. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 6. Perkataan 'menanda' adalah tidak betul. Ayat yang betul - Cikgu Lim menandakan kertas bahasa Melayu. | Lain-lain | 06.10.2008 |
Sektor Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses pindaan Akta Penyakit Berjangkit 1988. Pihak Jabatan Peguam Negara telah meminta penjelasan lanjut mengenai penggunaan kata nama bagi penyakit berjangkit sama ada "Kata Nama Khas" bagi penyakit perlu digunakan atau tidak. Mohon kerjasama dari pihak tuan/puan mengenai perkara ini. Bersama ini dilampirkan senarai penyakit untuk pengesahan tuan/puan. | Sila rujuk lampiran yang diberikan. Sila layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk semakan terjemahan dalam bahasa Melayu | Makna | 21.11.2016 |
hanya keimanan dapat mengikis penyakit sakit hati dalam kalangan manusia. ( mengapakah ayat ini salah dalam penggunaan penyakit? TK) | Berdasarkan konteks ayat, frasa sakit hati merupakan suatu perasaan bukan penyakit hati. Ayat yang betul ialah "Hanya keimanan dapat mengikis perasaan sakit hati dalam kalangan manusia." | Tatabahasa | 11.08.2013 |
apa beza etiologi dan punca penyakit | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 25.07.2012 |
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih. | 1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
Terjemahan penyakit tulang belakang 'collapsed disc' | Kami mencadangkan perkataan collapsed disc diterjemahkan kepada cakera tulang teranjak. | Istilah | 14.11.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Serai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik.
Lihat selanjutnya... |
|