Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jualan Penghabisan Stok Stock Clearance Sales ????? Harga Serendah RM1 | Sila terjemahkan ayat "terms and coditions apply & while stock last" kepada "Tertakluk pada terma dan syarat. Sementara Stok masih ada". Untuk tujuan pengesahan iklan, hantarkan visual tersebut kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 20.12.2011 |
apakah yang dikatakan dengan darjah penghabisan kata adjektif? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244 menerangkan tentang penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan yang boleh dilakukan melalui enam cara, iaitu: i. se- + KA + gandaan + KN ii. ter- + KA iii. paling + KA iv. KA + sekali v. ter + amat/sangat + KA vi. amat/sangat/sungguh + KA + sekali Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Salam sejahtera. Mohon penjelasan tuan perbezaan antara 'darjah paling' dengan 'darjah penghabisan'. Terima kasih | Saudari, Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut: i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 04.08.2012 |
bagaimana hendak menentukan kata penguat yang boleh digunakan serentak? contohnya, adakah betul a. AMAT CANTIK SEKALI. b. CANTIK SEKALI. DLL | Cara penggunaan darjah penghabisan serentak adalah seperti yang berikut : amat cantik sekali, sungguh cantik sekali, sangat cantik sekali. Binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali sebab binaan ter-, paling dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 246. | Tatabahasa | 13.03.2008 |
bagaimanakah cara betul menulis nombor rujukan nota kaki (footnote) di penghabisan ayat? adakah nombor rujukan ditulis sebelum atau selepas titik noktah? | Nota kaki dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut: Nama penulis (diikuti dengan tanda koma) Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah) Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah) Jilid (diikuti dengan tanda noktah) Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah. Walau bagaimanapun sdr boleh merujuk secara terperinci buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. | Lain-lain | 11.03.2008 |
TD Edisi Ketiga ( m/s 244-247)membincangkan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan. Selain yang dibincangkan, cara lain boleh tak diterima seperti .. (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik betul (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik betul. | (i) sungguh cantik betul. (ii) paling cantik (iii) sangat cantik betul. (iv) amat cantik nian. (v) tercantik. | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Adakah kata penguat bebas 'sangat' boleh digunakan seperti di bawah? tersangat cantik. | Tersangat cantik ialah contoh penggunaan darjah penghabisan (ter + 'amat/sangat' + cantik), jika sebagai kata penguat bebas ayat tersebut menjadi sangat cantik atau cantik sangat. | Tatabahasa | 22.12.2010 |
maksud perkataan intihanya, marcapada, uhwah, | Perkataan intihanya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah intiha (bahasa Arab) yang bermaksud akhir, penghabisan, penutup, dan perhentian. Marcapada ialah bahasa klasik atau sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini, manakala ukhuwah bermaksud persaudaraan. | Makna | 01.11.2010 |
Terengganu merupakan negeri yang termasyhur sekali dalam bidang tenunan songket di Malaysia. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat tersebut? | Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul penggunaannya? A)begitu cantik sekali B) agak cantik sekali C) terlalu cantik sekal | Dalam penggunaan darjah penghabisan antar bentuk ayat yang betul ialah (amat, sangat, sungguh) + kata adjektif + sekali, contohnya Pemandangan di hujung desa itu amat cantik sekali. oleh itu, contoh penggunaan seperti: A)begitu cantik sekali B) agak cantik sekali C) terlalu cantik sekal adalah salah, yang betul ialah begitu cantik, agak cantik dan terlalu cantik. | Tatabahasa | 22.12.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| habis | 1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan, |
|
|