| 
	
                            
		
			
				
					
  
    | Soalan | Jawapan | Jenis Soalan | Tarikh Soalan |  | APAKAH MAKSUD HATI TUNGAU? | Berhati tungau bermaksud penakut atau pengecut. | Lain-lain | 29.04.2008 |  | salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai lengkuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagian drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut. 
 Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki.
 | Tatabahasa | 24.12.2013 |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | takut (kata kerja) |  | 1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat, Berantonim dengan berani
 
 2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
 Berantonim dengan senang hati
 
 3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
 Berantonim dengan berani
 
 
 |  | Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut, |  | 
 | 
 |