Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Minta tanya 1) ... kesan-kesan merokok (kepada/terhadap) pelajar... 2) ... membeli (dengan/pada) harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian oleh sebab tidak mempunyai wang yang cukup... | 1) ... kesan-kesan merokok terhadap pelajar... 2) ... membeli dengan harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup... | Tatabahasa | 25.09.2013 |
kesan-kesan liberal islam | Saudara Amiza, Jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Sila buat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 12.03.2010 |
bolehkah ayat dalam karangan dimulai dengan ' antara'. cth: Antara kesan - kesan pencemaran....Bolehkan ayat dimulai dengan 'namun'. Cth: Namun, banyak pihak yang tidak mengendahkan... | Ayat boleh dimulai dengan perkataan antara, contohnya 'Antara tempat yang boleh dilawati di Sabah termasuklah ...'; dan kata namun boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya. | Tatabahasa | 20.01.2011 |
Apakah maksud khalifah? Apakah tugas manusia sebagai khalifah? Apakah kesan-kesan meninggalkan tugas sebagai khalifah? | Khalifah bermaksud pengganti (kpd. Nabi Muhammad SAW),(gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam Untuk menjawab soalan seterusnya saudara bolehlah membaca buku-buku tentang perkara ini yang terdapat di pasaran. | Makna | 19.09.2008 |
Sekiranya status semakan banting adalah 'Tidak lulus' adakah proses pembaharuan banting tidak dapat dilakukan? Adakah pihak berkuasa tempatan akan mengenakan tindakan sekiranya melihat banting yang tidak mendapat kelulusan dari pihak DBP? Dan apakah kesan - kesan lain dari status penyemakan in? | Untuk makluman tuan, DBP menyemak penggunaan bahasa dalam paparan iklan, manakala yang meluluskan atau yang mengeluarkan lessen ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh itu, jika berlaku situasi yang tuan nyatakan, pihak PBT yang berkenaan akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan. | Lain-lain | 06.06.2013 |
Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan koma sebelum perkataan dan. Adakah dibolehkan menggunakan koma sebelum perkataan 'dan'? Saya ada terbaca beberapa buku yang menggunakan penggunaan sedemikian. Bagaimanakah penggunaan yang sebetulnya? Contoh : telur, roti dan susu atau telur, roti, dan susu ? Seperkara lagi, bagaimanakah penggunaan 'al-Quran' yang sebetulnya? Adakah 'al' itu sepatutnya 'Al-Quran' atau 'al Quran dalam sesuatu ayat? Soalan terakhir, bagaimanakah penggunaan ayat dalam konteks huruf besar?misalnya tajuk Kesan-Kesan Buruk atau Kesan-kesan Buruk.Jika ia berupa tajuk,bagaimanakah penggunaan huruf besar untuk kata berganda seperti ini dan bagaimana pula penggunaan kata ganda dalam konteks ayat(bukan tajuk). Contoh: Negeri-Negeri Melayu atau Negeri-negeri Melayu. Sekian sahaja soalan saya. Sekian,terima kasih. | 1. Penggunaan tanda koma sebelum ‘dan’ lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum ‘dan’ biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur, dan surat khabar. 2. Ejaan yang didaftarkan dalam Kamus ialah al-Quran. 3. Kata ganda yang berfungsi sebagai tajuk dieja dengan huruf kecil seperti Hari Kanak-kanak Sedunia kecuali kata ganda tersebut telah didaftarkan dengan huruf besar. | Tatabahasa | 18.11.2011 |
KESAN DAN CABARAN MEDIA MASSA MASSA MASA KINI | Saudara, Untuk pertanyaan seperti ini, saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 09.04.2010 |
kesan, faktor isi ruah dan status pemakanan ke atas kognisi kanak-kanak orang asli | kognisi - cognition kognitif - cognitive kognisi - proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu kognitif - berkaitan dengan kognisi | Lain-lain | 06.06.2007 |
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kredit | Sila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1 | Lain-lain | 19.09.2007 |
pertembungan bahasa 1. sejarah pertembungan bahasa. 2. kesan pertembungan bahasa. 3. kesan pertembungan bahasa kepada masyarakat | Saudara Yie, Jawapan kepada pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan. | Lain-lain | 22.07.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| kesan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,
2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,
3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan, |
|
|