Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mengapa hantu penjodoh bilangannya seekor? bukankah hantu itu benda abstrak atau benda yang tidak dikenal pasti seperti angin. | Penjodoh bilangan bagi hantu ialah ekor kerana hantu bukan manusia atau benda. | Lain-lain | 09.03.2010 |
kenapa hantu dipangil seekor | Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia. | Lain-lain | 14.03.2010 |
'Cerita hantu itu amat menakutkan'. Adakah ayat ini betul? Jika ditukarkan kepada 'Rumah hantu itu amat menakutkan' diterimakah?, atau 'Rumah hantu itu kelihatan amat menakutkan.' | 1."Cerita hantu itu amat menakutkan". Adakah ayat ini betul? Jawapan: Betul 2. Jawapan yang betul ialah "Rumah hantu itu kelihatan amat menakutkan."
| Tatabahasa | 26.07.2014 |
apakah penjodoh bilangan untuk hantu | Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia. | Tatabahasa | 12.03.2010 |
mengapakah penjodoh bilangan bagi hantu seekor? | Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia. | Makna | 05.03.2010 |
Ungkapan " Jika tidak ada keharmonian antara kaum, negara ini akan menjadi satu tempat hantu beranak. Didapati bahawa ada makna tersirat "hantu beranak". adakah 'hantu beranak' tergolong sebagai simpulan bahasa. Jika tidak boleh, apakah jenis bahasa figuratif yang sesuai untuk frasa tersebut. Terima kasih. | Ungkapan "hantu beranak" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berkemungkinan ungkapan tersebut hanya digunakan dalam kelompok tertentu. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Apakah maksud jinjang? | Jinjang bermaksud 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana. | Lain-lain | 25.07.2010 |
slm. Boleh tuan/puan semak ayat di bawah betul atau tidak. Burung hantu boleh memlaingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. ke[ala burung hantu mampu berpusing dalam 270 darjah. Jadi, dengan mudah burung hantu melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya. | Ayat yang betul ialah burung hantu boleh memalingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. Kepada burung hantu mampu berpaling dalam 270 darjah. Sehubungan dengan itu, burung hantu mudah melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya. | Lain-lain | 05.12.2018 |
1) Apakah penjodoh bilangan untuk hantu ? 2) Bagaimanakah untuk memastikan sama ada kata majmuk itu ditulis jarak atau cantum ? 3) Situasi yang manakah sesuai digunakan kata ganti nama 'anda' ? | Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia, ataupun tidak perlu dirangkaikan dengan penjodoh bilangan bagi kata hantu. | Tatabahasa | 24.01.2015 |
apa kah penjodoh bilangan bagi hantu? | Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor hantu. | Lain-lain | 27.02.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| hantu (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,
| Kata Terbitan : berhantu, menghantui, |
|
Puisi |
---|
|
Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan.
Lihat selanjutnya... |
|