Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah bezanya "Hak Jagaan" dengan " Hak Pemeliharaan dan Kawalan" ? Adakah "Hak Jagaan" bermakna "Custody" dalam bahasa Inggeris ? | Untuk makluman, istilah "Hak Jagaan" dan "Hak Pemeliharaan dan Kawalan" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk custody (dalam bidang Undang-undang) ialah jagaan. | Istilah | 30.01.2013 |
Apakah terjemahan paling sesuai untuk Perkataan Privacy selain dari diterjemahkan sebagai Privasi. Adakah Persendirian ? Peribadi ? atau ? ada perkataan yang lebih sesuai atau hanya SENDIRIAN Contoh Privacy Right = HAK PRIVASI atau HAK PERIBADI atau HAK PERSENDIRIAN atau HAK BERSENDIRI ? atau HAK MENYENDIRI ? sama seperti dalam Private Limited Company diterjemah sebagai Syarikat Sendirian Berhad? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, privasi ialah keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. | Makna | 16.04.2010 |
Salam, Saya nak bertanya apakah terjemahan yang terbaik untuk "bill of rights"? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "bill of rights" ialah perisytiharan hak-hak. | Istilah | 12.04.2013 |
baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta? | Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010. | Lain-lain | 29.09.2010 |
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Ayat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah, 2) daripada parti memerintah, 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap, 4) akibat daripada tindakan polis, 5) prokerajaan, 6) disalah guna | Tatabahasa | 06.02.2011 |
maksud "pencabulan hak asasi manusia" maksud dari segi perkataan dan dari segi sudut malaysia | Perbuatan mencabul hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 14.08.2009 |
Assalamualaikum... Saya ingin mengetahui tentang undang-undang hak cipta, terutamanya yang berkaitan dengan penterjemahan bahan. Terima kasih. | Akta Hak Cipta 1987 melindungi sesuatu karya daripada sebarang pengeluaran semula dalam apa bentuk atau versi sekalipun. Ini bermakna sebarang pengeluaran semula (termasuklah penterjemahan bahan tersebut) perlulah mendapat keizinan daripada tuan punya hak cipta karya tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu karya itu boleh diterjemah untuk apa tujuan sekalipun. Terima kasih. | Lain-lain | 11.11.2009 |
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab. | Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum. | Ejaan | 19.07.2012 |
Merujuk Tatabahasa Dewan m/s72, kata majmuk tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "kerusi malas" kerana akan mengubah maksud menjadi kerusi yang malas. Mengapa hak milik m/s73 menjadi kata majmuk berbentuk khusus sedangkan hak(membawa maksud milik dalam kamus dewan) dan boleh disisipkan kata hubung "dan" misalnya hak dan milik. | Perkataan 'hak milik' ialah kata majmuk berbentuk istilah, iaitu rangkai kata yang membawa satu konsep. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
1)hak milik 2)e-mel | 1)hak milik 2)e-mel | Ejaan | 09.09.2011 |